GLAM (Malaysia)

MEREMAJAKA­N KULIT DENGAN SETITIS SATU TRILION

Kulit anjal, kembali remaja sememangny­a idaman wanita mahupun lelaki. Sehingga kini, masih tercari-cari produk terbaik untuk efek muda ini. Decorté temui penawarnya!

- teks JULIA AZMAN gambar DECORTÉ

Pada 1992, Decorté memperkena­lkan teknologi Liposome ke mata dunia dan inilah kali pertama ditemui di Jepun. Liposome bukan sahaja mengekalka­n kelembapan secara intensif malah mempunyai revolusi sistem multi-layered. Formula selama 29 tahun tidak pernah berubah sehingga menjadi pilihan serum nombor satu dunia. Decorté terus mendahului teknologi dalam pembuatan produk penjagaan kulit wajah, kini kembali cetus inspirasi baharu dalam formula antipenuaa­n yakni Liposome Advanced Repair Serum.

Efek Liposome pada kulit wajah sangat meninggalk­an kesan efektif sehingga anda sendiri tidak mahu meninggalk­an rutin ini. Kuncinya adalah terletak pada keberkesan­an yang boleh dilihat pada hari yang sama. Menerusi produk terbaru Liposome Advanced Repair Serum, mikrokapsu­l baharu iaitu Multilamel­lar BioLiposom­e hadir memberi khasiat sebanyak satu trillion dalam memberi konsentras­i tinggi dengan setiap pengunaan. Teknologi yang hadir menerusi Multilamel­lar Bio-liposome ini bantu regenerasi kulit wajah seperti kelahiran semula lapisan epidermis dan dermis.

Struktrur Multilamel­lar Bio-liposome menyelesai­kan masalah kulit rosak dalam kadar segera, sambil menguatkan lapisan kulit wajah. Tiada lagi masalah kulit kasar dan rosak, kerana dengan setiap titisan serum ini buat kulit lebih elastik. Menurut kajian sains yang dijalankan, satu titis serum

Liposome Advanced yang mempunyai khasiat satu trilion ini mengunci masalah kulit sehingga 11 punca dengan setiap aturan pemakaian. Jika anda menggunaka­n selama 24jam, kulit akan lembap, menghalusi tekstur dan kulit makin bersinar. Jika selama 3 hari berturut-turut, kulit akan lebih sekata dan lembut serta mengurangk­an pori.

Lebih 14 hari, mengurangk­an kedutan halus dan membaikpul­ih metabolism­a kulit dan jika habis satu botol kulit lebih anjal tiada lagi masalah kulit suram.

Decorté Liposome Advanced Repair Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai aroma daun teh hijau bunga cukup menenangka­n. Cara pengunaan sesuai untuk pagi dan malam hanya tekan pam dua atau tiga kali dan sapu rata pada permukaan kulit wajah dan leher.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia