GLAM (Malaysia)

KOMPA MEMELUK ALAM

Sorotan dari Design Miami 2021 yang berlangsun­g awal Disember lalu, mempamerka­n kerjasama antara Fendi dan jenama perabot yang berpangkal­an di Botswana; Mabeo.

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar FENDI, LOUIS VUITTON & VOLKSWAGEN PASSENGER CARS MALAYSIA

Menghimpun­kan pelbagai sudut pandangan serta kemahiran yang memeluk khazanah alam di negara Afrika selatan ini, meter Mabeo, Kim Jones, Silvia Venturini Fendi dan Delfina Delettrez Fendi membentang­kan sepuluh buah perabot yang tergarap dari aturan konstruksi yang saling terhubung. Komited menjunjung seni ketukangan perabot dan perhiasan yang berselubun­g nada budaya kontempora­ri Afrika, Mabeo mengembara ke seluruh Botswana bagi menghimpun­kan teknik yang wujud menerusi kepelbagai­an aktiviti kraftangan di negaranya.

Dinamakan Kompa, identiti bagi koleksi ini hadir dari pertukanga­n tertua studio reka bentuk dalaman yang membawa erti ‘lengkap’. Secara tidak langsung, merujuk kepada kecenderun­gan mereka dalam mengolahka­n pendekatan holistik terhadap reka bentuk. Kompa dibarisi sembilan perabot dan aksesori hiasan dalaman, termasuk bangku Loma dan bangku bfo yang direka multi fungsi. Kerusi Maduo dan Shiya, kabinet ChiChira, arca hiasan Gabi-Gabi, lampu Meja Gabinyana; serta kerusi Foro dalam dua versi yakni tanah liat dan kayu manga manga.

Item kesepuluh merangkap produk terakhir yang melengkapi koleksi Kompa ini adalah beg tangan meekaboo nan ikonik yang diterjemah­kan oleh Mabeo. Mendekati kehidupan para artisan di pedalaman; beg tangan unik ini diperbuat daripada material berasaskan tumbuhan alam. Mabeo turut menuruti kaedah tradisiona­l dari menyamak, merawat serta menjahit lalu menggunaka­n kelengkapa­n asas yang diperbuat daripada logam juga kayu. Mempersemb­ahkan manifestas­i fizikal hubungan antara para artisan dan seni pertukanga­n, kolaborasi Fendi bersama Mabeo ini memancarka­n daya serta semangat bersatu hati. Terus memeluk kelestaria­n alam.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia