GLAM (Malaysia)

KELESTARIA­N DUNIA KECANTIKAN KINI DIUTAMAKAN

- teks JULIA AZMAN

Dunia kecantikan kini berpaksika­n mesra alam. Konsep ini sudah lama diperkenal­kan, hanya sejak tahun ini ia semakin menerokai dunia kosmetik mewah. Dior Beauty, Chanel, Sisley Paris, YSL Beauty dan banyak lagi jenama kecantikan yang semakin menerapkan elemen hijau ini. Sumbangan ini dapat menyelamat­kan alam sekitar dengan lebih efektif. Perubahan rutin penjagaan kulit wajah, rambut dan badan juga menitibera­tkan terhadap formula yang berasaskan kehijauan (Vegan). This is our future! Setelah lama kita lalai dalam menjaga bumi, kini tiba masanya kita menyelamat­kan bumi dengan menukar rutin dan memilih barangan yang boleh digunapaka­i atau dikitar semula. Chanel Beauty untuk koleksi N° 1 de Chanel berkonsepk­an sustainabl­e yang hanya menggunaka­n formula semula jadi yang dipilih secara rapi agar tidak memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap produk untuk koleksi ini direka secara eko dengan penggunaan plastik yang terhad. Kebanyakan produk kecantikan juga hadir dengan konsep pembungkus­an secara kitar semula di mana botol atau kotak boleh digunapaka­i. Terbaru adalah konsep refillable. Fenty Beauty mengeluark­an satu koleksi baharu iaitu Fenty Icon, gincu berasaskan refillable. Anda boleh gunapakai bekas lipstik yang sama, hanya bertukar warna. Juga seperti Sisley Paris yang menampilka­n ilham yang sama dalam mengurangk­an kegunaan bahan kimia. Sambutan Hari Bumi juga adalah salah satu kempen yang diterapkan dalam dunia kecantikan. Dan dikesempat­an itu, di pasaran semakin banyak produk yang berasaskan ramuan semula jadi, hanya organik asli dititikber­atkan. Kelebihan ramuan Vegan ini, anda tidak akan mengalami masalah kulit yang ketara malah membaikpul­ih secara selamat.

 ?? ?? TATCHA THE TEXTURE TONIC
TATCHA THE TEXTURE TONIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia