GLAM (Malaysia)

SUMMER BREAK!

Sepuluh produk terbaik untuk musim panas 2022. GLAM bariskan yang terhangat dari rak kecantikan minyak wangi, barangan solekan dan produk penjagaan kulit.

-

1. SEMANGAT BEBAS DISEBALIK CHLOÉ SIGNATURE NATURELLE EAU DE PARFUM Wangian Vegan kegemaran ramai kini hadir dengan nota ramuan terbaru dalam menangkap semangat kebebasan wanita. Chloé Signature Naturelle Eau De Parfum adalah berasaskan 100 peratus bahan semula jadi. Nota utama wangian menegarkan pati aroma klasik Chloé iaitu bunga ros yang ditanam di Bulgaria, Cedar sebagai nota asas menyerlahk­an aroma bunga serta esen istimewa Citron dan

Neroli dari Morocco dan Itali.

2. CALVIN KLEIN CK EVERYONE KINI DALAM HARUMAN EAU DE PARFUM Hadir dengan formula Vegan! Calvin CK Everyone EDP menapak satu kejayaan terbaru dalam memperkena­lkan koleksi terbaru lebih sensasi dan segar. Haruman ini membuka aroma nota buah oren organik dari Mexico, Vetiver dari Haiti dan teh hitam intensif dari Sri Lanka. Malah, rekaan bungkusan wangian ini menggunaka­n bahan kitar semula, botol kaca lutsinar mengandung­i 10 peratus bahan kitar semula.

3. LAMAN FANTASI GUCCI BLOOM Gucci hadir dengan ahli baharu untuk rangkaian Bloom. Terpukau dengan aroma manis Gucci Bloom Eau de Toilette ini mencipta satu pengalaman mewah kala berada di laman fantasi penuh dengan bunga-bungaan. Barisan nota bunga seperti Jasmine Bud, Tuberose, Rangoon Creeper dan bunga putih yakni pilihan istimewa untuk Bloom pasti buat anda harum sepanjang hari.

4. YANG IKONIK, YANG ASLI Ekspresi diri bersama wangian mewah, bold terbaru Marc Jacobs,

Perfect Intense. Inspirasin­ya tercetus menerusi mantra peribadi Marc Jacobs, “I am perfect as I am.” Perfect Intense juga lambang kepada selflove yang meraikan kekuatan wanita. Aroma kelembutan bunga daffodils dan jasmine bersama gabungan golden roasted almond dan sandalwood membuatkan wangian ini bertahan lama.

5. SENTUHAN SEGAR NOTA MAWAR Hadir dengan lebih segar dan bersinar, Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette pelengkap haruman anda di kala musim panas 2022. Setiap momen mencetus ruang luar biasa ibarat melihat bunga mekar berkembang. Koleksi wangian terbaru, menangkap kesegaran bunga kala mekar. Gabungan bunga ros, lily of the valley, grapefruit dan peony sebagai nota utama cetus kesegaran yang anda idamkan.

6. WHITE CAVIAR RAMUAN MEWAH TIADA TANDINGAN La Prairie bukanlah nama asing dalam membentuk rutin penjagaan kulit wajah eksklusif, terkini menerusi barisan koleksi White Caviar yang terkenal dengan inspirasi pantulan cahaya tulen di Montreux, Switzerlan­d. Menampilka­n White Caviar Essence Extraordin­aire iaitu transforma­tif pati gel-to-water yang membantuh melindungi kulit daripada pencemaran dan tekanan pengoksida­an.

7. PENAWAR KULIT KEMBALI REMAJA Semakin moden sesebuah negara itu, semakin kulit terdedah dengan masalah ketara seperti sensitif, kering dan tidak bermaya. Garagara terdedah dengan pencemaran udara dan gaya hidup yang tidak seimbang. LA MER hadir dengan solusi terbaik menerusi formula terbaru, Advanced Treatment Lotion. Produk lagenda ini banyak membantu menyelesai­kan masalah kulit yang kritikal sehingga berlaku transforma­si luar biasa. Formula Active Liquid Hydrogel hadir sebagai anti-iritasi.

8. BINGKISAN HELLO KITTY KHAS UNTUK L’OCCITANE ASIA L’Occitane cukup dikenali dengan budaya pemberian hadiah. Buat kali pertamanya, L’Occitane berkolabor­asi bersama Hello Kitty dan hanya eksklusif untuk pasaran Asia. Edisi terhad ini juga membariska­n barisan produk digemari ramai seperti Almond Shower Oil, Almond Milk Concentrat­e dan Shea Butter Hand Cream. Happiness comes in a yellow box!

9. WAJAH BERSINAR DAN LEMBAP TIGA KALI GANDA Pernahkah anda memakai dua, tiga jenis produk pelembap wajah tetapi kulit masih dehidrasi! Our skin needs consistent hydration to be healthy, Dermalogic­a hadir dengan formula terkini menerusi serum Circular Hydration. Serum ini dikatakan memberi kelembapan di tahap maksima sehingga tiga kali ganda! Kehadiran ekstrak algae, asid polyglutam­ic dari susu soya yang diperam meninggalk­an kesan kulit lebih sihat dan tampak anjal secara semula jadi.

10. GINCU HOURGLASS KINI KONSEP REFILLABLE Jenama kosmetik terkenal, Hourglass hadir dengan barisan gincu terbaru berkonsepk­an ‘Refillable’. Koleksi Confession Ultra Slim High Intensity Refillable ini punya rekaan sleek gold yang boleh ditukar ganti dengan 30 palet warna memukau. Tekstur berkrim dan formulanya adalah 100 peratus Vegan menyerlahk­an bibir mungil lebih seksi.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? 10.
10.
 ?? ?? 6.
6.
 ?? ?? 7.
7.
 ?? ?? 8.
8.
 ?? ?? 9.
9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia