GLAM (Malaysia)

30 MONTAIGNE

-

Tersergam indah 30 Montaigne, Dior gabungkan dimensi warisan, ilham artistik terbaik dunia di bawah layar mewah. Reka bentuk butik eksklusif ini hasil rekaan arkitek Peter Marino cipta ruangan univsersal tersendiri. Sejuk mata memandang, terpikat lagi aromanya, itulah ruang yang hangat diperkatak­an melintasi dekorasi butik Dior. Ruangan dekorasi kecantikan tiga dimensi yang mengkhusus­kan barisan wangian ini mendapat sentuhan feminin dari artis Jepun, Azuma Makoto. Yang menghiasi dinding mewah bersama siluet bunga mawar. Ciptaan ini adalah penghormat­an kepada Christian Dior yang amat menggemari taman bunga. Ruangan ini juga menempatka­n barisan kosmetik seperti Rouge Dior, Dior Forever manakala untuk barisan penjagaan kulit wajah seperti Capture Totale dan Dior Prestige. Tidak ketinggala­n barisan wangian ikonik seperti Miss Dior, J’adore dan La Collection Privée. Sempena dengan perasmian semula 30 Montaigne, Dior tampilkan mini-trunk edisi terhad dengan hanya keluaran sebanyak 100 buah ini membawakan barisan ekslusif haruman Miss Dior Eau de Parfum. Wangian mewah ini meraikan keasyikan aroma Centifolia Rose dan Lily of the Valley yang cukup terkenal dengan kesegarann­ya. Gandaan aroma Iris, Guaiac dan Sandalwood pemikat jiwa. Satu lagi, ikon ultra yang paling dikehendak­i yakni wangian J’adore Amphora yang kembali ditafsirka­n semula dengan penuh elegan, sensual dan aroma yang memukau. Diberi nafas baru oleh artis India Mahdavi, rekaan wangian ini bersiluet sensual dihiasi dengan 1,000 butir manik kaca cukup unik sentuhanny­a. Pengalaman bersama pilihan ikonik wangian di Dior ini memberikan ilham sensorial luar biasa.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia