GLAM (Malaysia)

PENTINGNYA KRIM TABIR SURIA!

Sinar UV musuh utama kulit. Oleh itu, kulit sentiasa memerlukan sapuan pelindung sinar yang sesuai supaya ia terhindar dari noda mahupun cela. GLAM Bariskan produk pelindung sinar UV terbaik musim ini.

-

DR DENNIS GROSS Tidak lengkaplah ritual penjagaan harian tanpa krim sinar UV. Samada berada di dalam rumah mahupun luar, produk ini jangan dilupakan! Kerana anda tidak nampak dengan mata kasar apa akan terjadi dengan lapisan kulit wajah! Dr Dennis Gross perkenalka­n All-Physical Lightweigh­t Wrinkle Defense Broad Spectrum Sunscreen SPF 30 yang hadir dengan tekstur sesuai untuk semua jenis tona kulit. Penggunaan oksida zinc lutsinar dan anti-oksida dapat melindungi kulit wajah secara menyeluruh.

SUPERGOOP Pilihan golongan Z! Supergoop terus-menerus dengan penghasila­n produk pelindung wajah daripada sinaran matahari! Dari wajah hingga ke tubuh badan, terkini ianya bersifat universal bersama formula segar dan sejuk. Produk Every.Single.Face Spr Shield Watery Lotion SPF 50 adalah cukup ringkas dan mudah diaplikasi. Pengunaan formula versatil seperti Niacinamid­e (Vitamin B3), kompleks asid amino meninggalk­an kesan tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit. Juga boleh dipakai bersama krim SPF yang sedia ada. Hanya gandakan! Setiap dua jam cuba ulangi jika anda berada di luar atau selepas 80 minit berenang atau berpeluh.

GUERLAIN Jenama kecantikan mewah Guerlain melindungi kulit wajah hingga ke rutin terakhir. Terbaru, koleksi Orchidée Impériale Global UV Protector, bukan sahaja bertindak sebagai perisai wajah malah mempunyai elemen dalam merawat kulit tidak sekata dan masalah penuaan. Kandungan

SPF 50-PA+++ ini kaya dengan teknologi serum Orchidée Impériale dan mencerahka­n kulit wajah. Esktrak molekul The Orchid TotumTM bersama Orchid Noble LightTM melindungi wajah hingga ke lapisan dalaman. Teknologi ini juga merangsang kepada penjelmaan kembali kulit sihat dan ianya kekal lama, sambil melindungi kulit terdedah dengan sinar UV, sambil memujanya agar kulit kekal remaja.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia