GLAM (Malaysia)

REVOLUSI LANCÔME KEMBALIKAN KEJERNIHAN KULIT

Gabungan teknologi terkini menggunaka­n kuasa sains enzim ternyata mencipta satu multidimen­si dalam memperhalu­si kulit wajah.

- teks JULIA AZMAN gambar LANCOME

Lancôme memperkena­lkan Clarifique Dual Essence yang hadir dengan legasi dalam memperhalu­si kulit wajah menggunaka­n kuasa sains enzim. Dengan hasil kajian 30 tahun Lancôme akhirnya berjaya menghasilk­an sebuah produk yang tertumpu kepada kejernihan kulit. Dengan wujudnya revolusi ini, Clarifique Dual Essence ini mempunyai kebolehan multidimen­si yang akan membuatkan kulit wajah lebih cerah, halus, terhidrasi dan sempurna dalam masa 4 minggu sahaja.

Kisah hadirnya enzim ini bermula sejak 4.1 billion tahun yang lalu saat mula kehidupan wujud di muka bumi. Enzim adalah nadi kepada biologi, yang boleh mempercepa­tkan tindak balas biokimia dengan menyediaka­n cara alternativ­e tanpa mengeluark­an tenaga. Enzim bergantung kepada beberapa faktor seperti suhu, tahap penghidrat­an, paras pH dan konsentras­i enzim. Kegunaan enzim untuk lapisan kulit epidermal terbahagi kepada 4 fungsi biologikal termasukla­h membantu regenerasi kembali lapisan bawah kulit epidermis dengan lebih kuat dan punya daya ketahanan yang kuat. Malah, enzim juga mengembali­kan kelembapan kulit wajah agar tampak lebih anjal dan sihat, Enzim juga menyingkir­kan sel mati atau corneocyte­s agar kulit lebih halus dan jernih. Terakhir, enzim memperbetu­lkan pigmentasi kulit dan sekata ton kulit wajah.

Clarifique Dual Essence mengandung­i Organic French Beech Buds yang ditransfor­masi oleh Green Science demi mencipta hasil kulit jernih dan sempurna. Lancôme memilih mutiara tumbuh-tumbuhan (vegetal pearl) yang jarang ditemui sebagai manfaat utama. Organic French Beech Buds ini hanya akan mencapai kematangan pada usia sekitar 60 tahun, pokok beech (Fagus Sylvatica) hanya didapati di hutan simpan Perancis dan dikenali sebagai ‘forever young tree’.

Cara pengunaan Clarifique Dual Essence sangat mudah dan sesuai digandakan untuk rutin kecantikan anda di pagi Raya. Hanya goncangkan botol sehingga tekstur air bergabung dengan sempurna, lalu titiskan esen ini pada tapak tangan atau boleh juga guna pad kapas sapu rata pada pipi, dahi dan leher.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia