GLAM (Malaysia)

A Day With PHYTO-ROUGE SHINE

Kembara siang dan malam membawa kepada pengalaman penuh bersinar. Phyto Rouge Shine membelai bibir penuh sensual.

- teks JULIA AZMAN gambar SISLEY PARIS

Sekali-sekala kembali ke liputan tekstur klasik menyerlahk­an penampilan. Sisley Paris hadir dengan rangkaian gincu memikat hati bukan sahaja bertekstur satin malah turut menjaga bibir dengan rapi. Phyto Rouge Shine gincu berona pusam ini punya kemasan berkilat, dan buat pertama kalinya slimline tube hadir dengan konsep refillable. Anda boleh menukar warna sesuka hati. Phyto-Rouge Shine ini memperkena­lkan 12 warna wajib dimiliki! Setiap satu mempunyai tekstur mewah dan kala disalap terluncur laju pada permukaan bibir. Direka khas dengan pigmen berteknolo­gi tinggi, barisan gincu ini hanya memberikan kemasan berkilat dan pilihan palet kegemaran ramai wanita.

Di kala melangkah ke tahun 2022, segalanya berkaitan menjaga kesihatan tubuh badan termasukla­h penjagaan bibir. Oleh itu, Sisley Paris mempertaru­hkan ramuan semula jadi dalam menjaga bibir walaupun bergincu merah. Ekstrak Padina Pavonica adalah salah satu bahan aktif paling utama Sisley, malah asid hialuronik turut menjadi ramuan penting untuk mengukuhka­n lapisan hidrik untuk kesan gebu dan permukaan bibir lebih licin. Untuk pengunaan seperti balm, kompleks Hydroboose­r turut ditemui dalam rangkaian ini untuk memberi khasiat dan melembapka­n sepanjang pemakaian. Tidak ketinggala­n pati semula jadi seperti minyak Jojoba dan Moringa memberikan keselesaan, kelembutan dan juga anti-radikal bebas. Jangan terkejut jika bibir anda semakin lembut dan tidak lagi kering atau merekah.

Tekstur Phyto-Rouge Shine dianggap luar biasa efeknya kerana sangat kemas warnanya terletak pada permukaan bibir sehingga memberi keselesaan berpanjang­an. Tekstur berkrim seperti meleleh ke dalam kulit hingga membentuk kilauan yang halus, lembut bab sutera. Rekaan kelalang gincu pula berinspira­sikan cetakan belang zebra yang ikonik malah signature untuk Sisley Paris. Rekaan putih dan emas memberi nafas segar.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia