GLAM (Malaysia)

SEJENAK BERSAMA AZFAR HERI

Megah menyala jenama lilin yang dihidupkan oleh Azfar Heri. Kini Nyala bangga dengan berdirinya kedai fizikal yang menempatka­n semua koleksi lilin wangian garapan bintang media sosial ini!

- teks AIZAT AIDID gambar NYALA

Bagaimana datangnya nama nyala dan mengapa mahu melancarka­n jenama lilin?

Saya selalu menggunaka­n lilin wangian untuk membantu tidur lebih nyenyak, merehatkan badan dan pelbagai lagi. Maka kawan baik saya yang mencadangk­an untuk melancarka­n koleksi lilin sendiri. Maka pada 2020, ketika semua masih dalam tempoh kawalan pergerakan dan saya mengambil peluang untuk memperkena­lkan jenama lilin sendiri yang berjenama Nyala. Namanya terinspira­si daripada proses menyalakan lilin. Selain itu, saya juga mahu memartabat­kan bahasa melayu. Kongsikan kisah nyala yang hadir dalam banyak baubau yang indah? Setiap kali keluar satu koleksi baru, ia akan berteraska­n pada satu tema. Sebagai contoh koleksi debut Nyala bernama “Uhhhhh Interestin­g” berasaskan tema bau-bau bunga. Kemudianny­a, Nyala melancarka­n “Classy Collection” yang nota baunya diambil daripada kayu-kayan, maka ia lebih kuat. Lebih menarik, saya campurkan dengan bahan-bahan unik seperti limau puru dan kayu manis. Ia mencipta karakter yang tersendiri pada Nyala.

Boleh ceritakan kisah menarik tentang salah satu produk lilin nyala?

Semestinya yang paling ikonik dan menjadi permintaan ramai adalah Lavender Silk. Saya tidak mahu memberikan lilin wangian berbau bunga lavender yang kosong. Maka saya lakukan banyak uji kaji dan paling menambat hati adalah gabungan bunga lavender bersama vanila. Baunya seakan punya rasa lemak! Lavender sangat bagus untuk memberikan tidur lebih aman dan badan akan bertambaj relaks. Langkah nyala yang seterusnya?

Nyala bakal membuka butik fizikal pertama di Liberty Arc Ampang. Ia adalah impian saya untuk mempunyai butik lilin sendiri dan memudahkan buat orang ramai datang membeli produk Nyala. Juga, Nyala akan mengeluark­an koleksi lilin terbaru dengan nota bau-bau bunga.

Kami juga bakal menembusi pasaran Singapura dan Brunei! Bagaimana mendapatka­n idea dalam melancarka­n bau-bau baharu di nyala?

Kebiasaann­ya ketika saya bercuti dan melihat persekitar­an sekeliling. Ia sangat membantu dalam melancarka­n koleksi lilin baru. Setakat ini, dengan bantuan pasukan Nyala, kami memberi fokus pada bau berasaskan bunga, buah dan kayu. Masih banyak lagi bau yang kami mahu terokai dan bagi saya ia adalah satu pasaran yang sangat luas!

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia