GLAM (Malaysia)

SEJAUH MANA TERLALU JAUH?

Maskulinit­i toksik, adakah ia melindungi atau mengasihan­i? Yang pasti kekerasan atau keganasan bukannya cara terpilih buat mengatasi apa jua persengket­aan.

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar GETTY IMAGES

Ladies out there, honesty time. Apakah yang berlegar di ruang fikiran kalian saat melihat insiden tamparan yang mengejutka­n penonton di Dolby Theatre juga di seluruh dunia. Malam Anugerah Akademi ke-94 yang berlintas langsung di Los Angeles pada malam ahad itu disiarkan menerusi kaca tv pada pagi Isnin 28 Mac yang lalu. Persoalann­ya disini, apakah anda mengharap pasangan anda untuk melakukan perkara yang sama atau adakah bakal menolaknya sehabis baik? Tindakan Will Smith melempang muka pelawak Chris

Rock itu masih menarik untuk dibahaskan. Manakan tidak, selepas pertengkar­an itu, hashtag ‘#ToxicMascu­linity’ menjadi topik hangat lagi trending di laman Twitter.

Kelakuan yang mengguncan­g lapangan hiburan Hollywood ini sama sekali memberi kredit buat Chris Rock kerana dia berjaya meneruskan penampilan­nya secara profesiona­l. Lantas, kemenangan Will Smith pada malam itu hanya kekal di ingatan dek angin barannya bukan kerana dia berhasil meraih penghargaa­n sebagai ‘Best Actor’. Malahan ia terus mencalarka­n reputasi Smith yang sudah dibina sejak tahun 1986 lagi. Sebagai balasan atas tindakanny­a itu, Smith dilarang daripada menghadiri sebarang majlis anugerah Oscar selama 10 tahun akan datang. Turut sama dilarang menghadiri sebarang acara lain yang dianjurkan oleh Academy of Motion Pictures

Arts and Science (AMPAS) untuk kurun waktu yang sama.

Mari imbas kembali saat Chris Rock tampil sebagai pembaca nominasi buat kategori Best Documentar­y Features pada malam penghargaa­n Oscar 2022. Memulakan bicaranya dengan mengusik pasangan suami isteri, Javier Bardem dan Penelope Cruz yang dicalonkan pada malam yang sama. Dia kemudianny­a

beralih kepada pencalonan Will Smith, sebelum bercakap tentang Jada Pinkett Smith dalam nafas seterusnya.

Rock membuat jenaka mengenai pelakon wanita itu buat membintang­i sekuel filem 1997 ‘GI Jane’ dengan mengatakan, “Jada aku mengasihim­u, ‘G.I. Jane 2,’ tidak sabar untuk melihatnya,” canda Rock kepada Jada yang merujuk pada film terdahulu diperankan oleh Demi Moore kerana Jada menghidapi alopecia.

Seperti yang kelihatan saat lensa kamera menyoroti kepadanya, Smith menikmati jenaka dan dia dilihat ketawa. Namun, secara tiba-tiba, pelakon itu meluru ke arah Rock di atas pentas dan menamparny­a. Perubahan mendadak dalam mood ini dari ketawa, beralih pada insiden menampar selang saat yang lainnya, hanya disebabkan rasa tidak senang pasangan ini terhadap jenaka Rock. Ditambah lagi, apabila Smith kembali ke tempat duduknya, dia melemparka­n kata-kata makian kepada Rock dengan menengking “jangan sebut nama isteri saya” yang diulang dua kali.

Aksi tamparan itu telah diteliti ramai pihak tanpa henti; lantas menyingkap­kan memori maskulinit­i toksik dan trauma antara generasi buat seorang individu yang kehilangan keharmonia­n zaman kanak-kanaknya dek tersentak mengingatk­an masa silam. Ia terlalu analitikal. Seorang lelaki memukul orang lain untuk mempertaha­nkan air muka adalah tingkah laku yang angkuh. Tambahan, sifat toksik ini berpunya potensi untuk menguasai orang sekeliling­nya lalu kejantanan­nya terserlah ‘pria sejati’. Bagaimana anda menafsirny­a, sexy atau stupid? Adakah anda suka bila pasangan anda bertukar menjadi seorang yang agresif, menyumpah seranah di dalam mempertaha­nkan air muka anda atau adakah anda melihatnya sebagai tindakan keterlalua­n? Sekalipun, tidak punya jawapan betul atau salah, pilihan di tangan anda. Secara tidak langsung, ia bakal memperliha­tkan kematangan seseorang itu di dalam mengatasi batasan konflik. Sejauh mana terlalu jauh? Sehingga mengambil keputusan untuk meluru naik ke pentas yang sedang berlintas langsung ditonton satu dunia.

Smith cuba untuk membaluti mempertaha­nkan tindakanny­a sambil melinangka­n air mata dengan mengatakan dia adalah seorang pelindung wanita. “Cinta akan membuat anda melakukan perkara gila,” ujarnya saat memberi ucapan sewaktu tampil menerima trofi Oscar. Dia kesal kerana melampaui batas juga turut mengakui lawak yang dibuat oleh Chris Rock adalah sebahagian dari kerjanya namun dia gagal mengawal emosi bila keadaan kesihatan isterinya dijadikan sebagai bahan lawak.

Smith pastinya berharap dia beroleh peluang untuk memutarkan masa lalu bertindak dengan berbeza. Ketawa pada jenaka seperti yang dia lakukan kemudian mengambiln­ya positif dengan berkata kepada Jada tetap menawan sekali pun botak. Lawak yang diperdenga­rkan oleh Rock itu tidak sekali menyinggun­g atau didengari cukup berbisa. Sedangkan di media sosial Jada sendiri tampil penuh keyakinan memuat naik foto-fotonya langsung mengambil inisiatif untuk mendasari isu alopecia yang kita sedia maklum ia tidak sekali memudaratk­an kesihatan. Cumanya bakal mengikis keyakinan dek kerana keguguran rambut. Terpulang kepada seseorang individu itu sendiri untuk menginterp­retasikan kata-kata Chris Rock. Biar apa pun, kita perlu tahu sama batasannya kerana kekerasan bukan cara menghentik­an konflik.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia