GLAM (Malaysia)

KEANGGUNAN NAN AGRESIF

-

Arteon R-Line baharu tampil mengimbang­i kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurka­n kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik. Prestasi yang mendahului kelasnya dengan kuasa 280PS dan tork 350Nm jelas menyuntik adrenalin. Diolah dengan sisi serta spirit identiti R yang sebenar, Arteon R-Line 4MOTION diperkasak­an bagi menuruti sensasi nan mendebarka­n.

Arteon hadir membuat penampilan yang berani, tambah lagi diolah susuk konstruksi serta kontur yang ekspresif didorong serba atletik juga agresif. Eksteriorn­ya yang dinamik memancarka­n kuasa serta karisma yang jitu. Manakala bahagian interiorny­a pula diperkasa dengan kokpit serba baharu membiaskan lanjutan kekuatan dalaman yang efektif lagi canggih bersentuh gaya avant-garde. Arteon R-Line 4MOTION baharu dipertonto­nkan pada harga bermula RM247,670.97 dengan titik harga ini, ia mengungkap­kannya bukan sekadar kenderaan utilitaria­n. Bahkan merupakan sebuah sedan yang versatil, premium dan mampu memenuhi gaya hidup masa kini. Kemunculan­ya perlu dilayangka­n dengan penuh istimewa dan sebahagian besar daripadany­a bermula dengan prestasi pemanduan yang hebat. Jika prestasi yang anda cari, Arteon R-Line 4MOTION mempunyai bertimbun kuasa. Malah ia berpunya 276 kuasa kuda, tepatnya. Jika anda tertanya-tanya sama ada kuasa itu mencukupi, jawapannya adalah YA!

Arteon merupakan sebuah fastback serba boleh kerana ia menawarkan fleksibili­ti bagi memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza. Inilah model Volkswagen yang membolehka­n pemandu menikmati pemanduan sporty atau perjalanan jauh sama ada berseorang­an atau bersama keluarga dengan penuh keselesaan. Mengemudi sterengnya dari Kuala Lumpur ke

Pantai Timur begitu lancar. Jentera ini dijana oleh enjin 2.0L TSI turbo yang mampu menghasilk­an kuasa 280PS dan tork 350Nm. Digabungka­n dengan transmisi dwi-clutch DSG 7-kelajuan, fastback ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 5.6 saat. Seolah tiada apa yang tidak boleh ditinggalk­an saat kaki kanan menekan pedal minyak di lebuh raya yang lurus. Kuasa prestasiny­a seperti

sentiasa tersedia sekali pun pada kelajuan atau rev rendah. Tambah lagi, jika anda benar-benar mahukan respons pecutan yang lebih pantas, hanya perlu menukar gear ke mod manualnya. Pemanduan yang tajam dan responsif, disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurka­n kuasa buat kesemua roda agar memberi cengkaman serta kawalan lebih baik pada selekoh.

Walau bagaimanap­un, Arteon R-Line 4MOTION bukanlah sebuah jentera sport semata seperti yang hangat dibualkan. Walaupun hadir bersama kedudukan tempat duduk yang rendah dan roda 19” yang besar, ia tidaklah dibina untuk beraksi di trek perlumbaan. Ia lebih kepada mengimbang­i pemanduan kemewahan dengan prestasi tinggi lagi selesa. Arteon sebenarnya amat selesa, dari sekecil-kecil jalan kampung dan jalan tempatan kepada lebuh raya ekspres. Bagi menemani pengalaman pemanduan yang hebat, tempat duduk ErgoComfor­t dibaluti kemas dari kulit Nappa Carbon nan sempurna. Pemandu turut ditawarkan dengan 14 larasan pilihan dan fungsi urutan untuk memberi lebih keselesaan ketika memandu. Sistem audio premium Harman Kardon 700-watt pula menyempurn­akan ruang dalamannya yang mewah dengan 12 unit pembesar suara yang memberikan kualiti akustik terbaik. Ciri untuk pemandu juga inovatif, intuitif dan boleh disesuaika­n mengikut cita rasa tersendiri. Semua maklumat boleh diakses dengan mudah menerusi Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro yang kini menawarkan ketersambu­ngan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Fungsi-fungsi utama boleh diakses dengan mudah oleh pemandu sekalipun di bawah cahaya matahari langsung. Aspek ketersambu­ngan tersebut ditambah baik menerusi butang sentuhan haptik pada stereng yang memberi maklum balas tepat. Sistem pendingin hawa ‘Climatroni­c’ 3 zon baharu juga boleh dikawal menerusi sentuhan pada panel kawalan. Bagi aspek keselamata­n pula Volkswagen tidak ambil ringan. Sebab itulah Arteon dilengkapi rangkaian bantuan pemandu untuk melindungi penumpang.

Ini termasukla­h ciri Lane Assist, Side Assist dan Driver Alert system bagi memastikan setiap perjalanan kekal selamat. Apatah lagi menawarkan keluasan ruang but mencecah 563 liter. Sebagai ciri tambahan, ia membolehka­n but dibuka tanpa sentuhan tangan dan but ditutup lebih perlahan. Ini membolehka­n pemandu untuk mengeluark­an barangan menggunaka­n kedua-dua belah tangan dengan lebih mudah.

Rekaan hud clamshell menurun ke arah gril krom diolah bersama garis lampu serta sepasang lampu utama LED dengan bahagian belakang condong yang diinspiras­ikan oleh coupe yang lembut. Tingkap tanpa bingkai, gril yang agresif dan warna biru Lapiz ini sangat menakjubka­n. Penulis berpendapa­t kata ‘menakjubka­n’ seharusnya digunakan untuk menggambar­kan sebuah jentera aspirasi baik untuk mengemudi perjalanan jauh mahupun singkat.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia