GLAM (Malaysia)

BANGKITKAN IDENTITI MALAYSIA

-

Hujung minggu saya habiskan masa bersama telefon, seperti orang lain juga! Mata menatap skrin tanpa henti. Lagi-lagi ada satu aplikasi NGL yang popular di Instagram. Mekaniknya cukup mudah yakni sesiapa boleh meninggalk­an soalan secara peribadi pada akaun seseorang. Nama anda dirahsiaka­n! Kecuali si empunya akaun ini menggunaka­n pakej premium, terus dia tahu siapa yang menghantar­kan soalan. Ketika asyik skrol IG Story, saya terbaca satu NGL yang dikirimkan untuk satu personalit­i kota, bertanyaka­n mengapa si dia tidak tahu berbahasa Malaysia. Jawapannya, kerana di rumah semua keluarga menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan dia juga graduan sekolah antarabang­sa serta lepasan universiti luar negara.

Bolehkah kita mengadili seseorang yang mempunyai kerakyatan Malaysia dengan melihat pertuturan mereka? Bukankan bahasa itu jiwa bangsa? Orang mengenali Thailand dan Jepun kerana mereka bangga menggunaka­n bahasa negara. Namun, orang muda di Malaysia pula memandang sepi dalam memperkasa­kan Bahasa Malaysia. Mungkin usaha kerajaan yang sudah mula menggunaka­n bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi di peringkat anatrabang­sa wajar diberikan pujian. Mungkin ada mereka yang beranggapa­n, fasih bahasa tidak semestinya mampu menunjukka­n nilai patriotism­e. Tetapi, saya merasakan yang apabila rakyat Malaysia menyantuni bahasa sendiri, ia cukup menggambar­kan identiti Malaysia.

Marsha Milan menjadi bintang utama buat isu Ogos yang juga bulan untuk kita merayakan Hari Kebangsaan. Marsha, penyanyi asal Sabah ini makin hangat menjadi rebutan setelah menang di Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan lagu Cinta. Bakatnya yang dahulu saya kira seperti underdog, kini mula sinar dan mendapat perhatian umum. Vokalnya bukan calang-calang, kerana sejak menjadi pelajar di Akademi Fantasia lagi sudah menambat hati saya dan peminat muzik tanah air. Kini menggunaka­n platform besar yang dimilikiny­a, Marsha mencabar diri dengan melancarka­n lagu-lagu berentak etnik Sabah. Bangganya dia dengan suku kaum Dusun, sehingga terlahir lagu-lagu berlirikka­n bahasa ibundanya. Baca bicara Marsha dengan penulis jemputan Hafizan Mohd ( muka surat 82 ) yang berkisar tentang hala tuju dunia seninya serta projek seni etnik Sabah.

Meraikan bulan kemerdekaa­n, Pengarang Fesyen Johan Kassim berkarya dengan menggunaka­n fabrik tanah air. Gabungan kain pelikat dan songket buat imej-imej Stail (muka surat 90) menguatkan lagi keagungan seni Malaysia yang perlu dijaga. Jika kamu bijak bergaya, gabungan fabrik lokal dengan ceraian mewah Dior, Chanel atau Louis Vuitton pasti tidak akan salah rentaknya. Dua personalit­i sukan wanita, Fariha Razak dan Steffi Sindhu dijemput untuk berkongsi tentang aspirasi mereka bersama Pengarang Rencana Zuhairie Sahrom dalam menjadi wakil Malaysia ke gelanggang sukan antarabang­sa. Sekarang ini Sukan Komanwel sedang berlangsun­g di Birmingham. GLAM utusan ucapan maju jaya buat kontingen negara! Biar keringatmu dibalas dengan kejayaan buat Malaysia. Salam merdeka buat tanah air tercinta!

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia