GLAM (Malaysia)

COUTURE GOES MAINSTREAM?

- teks JOHAN KASSIM

Minggu fesyen couture musim luruh 2022 selesai berlangsun­g. Minggu fesyen kembali normal, yang mana satu demi satu acara fizikal dianjurkan. Bermula dari minggu fesyen sehinggala­h ke acara yang lebih sederhana skalanya, seperti pop-up booth dan brands takeover telah berjaya diadakan. Fashion events are non-stop now. Begitu juga momen viral mengenai fesyen kerap kedengaran. Selain perihal acara, pada masa yang sama, satu demi satu koleksi fesyen turut dilancarka­n. Boleh dikatakan setiap minggu tentu ada koleksi, rekaan atau item baharu yang akan menjengah butik atau online. Satu demi satu koleksi kapsul dilancarka­n. Dalam masa dua tahun ini sahaja, lebih daripada seratus koleksi kolaborasi berjaya dilancarka­n. Lihat sahaja, minggu ni Coach keluarkan koleksi kapsul bersama artis eni, minggu depan pula Gucci hadirkan pula koleksi kolaborasi­nya dengan jenama dan individu tertentu, dan seterusnya Nike pula kongsikan ‘teaser’ baharu yang memungkink­an satu lagi kolaborasi fesyen baharu. There will be a new collection drop every week! Sukar untuk saya nk keep up! Pun begitu, dalam kerancakka­n fesyen, satu lagi perubahan ketara berlaku di sepanjang minggu fesyen couture. Pelbagai momen viral tercetus dan yang paling ketara (well at least to me), couture shows goes mainstream. Seratus peratus ia terbukti apabila menyaksika­n kehadiran selebriti-selebriti popular ( dari penyanyi, pelakon dan sebagainya) di pementasan Balenciaga Couture. Kim, Dua Lipa dan Nicole Kidman berjalan untuk koleksi Balenciaga Couture. Dan barisan front row dipenuhi oleh selebriti-selebriti muda, yang mana jika tak sebelum-sebelum ini, acara couture hanya golongan sosialit, pengumpul adibusana dan kenamaan yang hadir ke acara couture yang lebih bersifat privasi sebelum ini. Namun, sejak era digital, rumah-rumah fesyen adibusana dan yang lain-lain telah mengubah hala tuju dan strategi pemasaran mereka 360 darjah. Lebih mainstream sudah pastu atau erti kata lain ‘accessible’. Rumah fesyen mahu menyuntik diversifik­asi dan inklusivit­i dalam mengemudi koleksi, ini termasukla­h inginkan satu dunia ambil tahu keberadaan mereka. Dambakan momen viral. Which is good, tetapi tidakkah nilai ‘exclusivit­y’ itu akan hilang? Agak terkejut pabila menyaksika­n golongan influencer­s (bukan hendak merendahka­n mereka) yang menerima banyak jemputan di acara couture Valentino. Saya sedar jenama-jenama besar telah bersedia melakukan perubahan, but is to the extend? Saya rindu untuk melihat individu-individu fesyen sebenar yang hadir ke acara gah sebegitu. Bukan hanya disebabkan bilangan followers atau suntingan kandungan digital yang hebat menjadi tanda aras baharu. Sometimes, we want to see the real fashion people to grace fashion events, terutamany­a di pementasan adibusana.

 ?? ??
 ?? ?? FENDI COUTURE MUSIM LURUH 2022
FENDI COUTURE MUSIM LURUH 2022
 ?? ??
 ?? ?? BALENCIAGA
BALENCIAGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia