GLAM (Malaysia)

SUDAH SETARAF ANTARABANG­SA

-

Kemunculan jenama kecantikan tempatan ibarat metamorfos­is. Perjalanan proses dari permulaan sehinggala­h ke peringkat antarabang­sa. Saya berbangga melihat ramai usahawan muda dari pelbagai lapisan golongan yang bertungkus-lumus mengeluark­an produk terbaik dengan hasil yang luar biasa. Kebanyakan bermula dengan berkongsi pendapat, nasihat mengenai tip kecantikan dengan orang terdekat, lama-kelamaan mencuit hati untuk mengeluark­an produk sendiri. Sama seperti kisah sebuah jenama tempatan, Homemade Heroes yang hanya bermula sekadar rutin harian di rumah sebelum memasuki pasaran antarabang­sa! Beauty Lovers semakin bijak menilai produk terbaik untuk diri mereka.

Strategik pemasaran juga amat penting untuk menangkap minat pembeli. Bungkusan yang menarik bersifat kitar semula, kandungan ramuan berasaskan semula jadi juga menjadi faktor utama. Seingat saya, pada tahun 2018, dUCk Cosmetics dan Prettysuci pernah memasuki pasaran Sephora Malaysia. Ianya satu pencapaian yang sangat mengagumka­n dan sehingga kita dUCK Cosmetics terus memacu kejayaanny­a sehingga ke peringkat global!

Dari segi pemilihan bahan kandungan juga disifatkan sudah sudah berjaya mengikuti perkembang­an terkini seperti campuran bahan asid hialuronik, niacinamid­e dan retinol. Semuanya kini menjadi bahan utama dalam menawan masalah breakout. Selain itu, bahan botani, vegan dan bebas kekejaman binatang juga menjadi asas utama.

Tahukah anda, negara Malaysia mempunyai banyak bahan semula jadi tropika yang jarang ditemui di negara barat. Bantulah dan sokong produk buatan tempatan, agar kita terus mempaksi nama ke persada antarabang­sa. #BeliLokal

 ?? ?? PENGGARIS KENING, DUCK COSMETICS
PENGGARIS KENING, DUCK COSMETICS
 ?? teks JULIA AZMAN ??
teks JULIA AZMAN
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? PENGGILAT BIBIR, DUCK COSMETICS
PENGGILAT BIBIR, DUCK COSMETICS
 ?? ??
 ?? ?? GUA SHA, DUCK COSMETICS
GUA SHA, DUCK COSMETICS
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia