GLAM (Malaysia)

LOEWE FOUNDATION / Studio Voltaire,

Memilih artis visual, Beatrix Pang, sebagai penerima residensi antarabang­sa sulungnya selama setahun.

-

Dilancarka­n pada Mac 2021, Anugerah LOEWE FOUNDATION / Studio Voltaire meraikan bakat, keperibadi­an serta pemikiran asli dalam usahanya menjunjung seni kontempora­ri. Penerima residensi antarabang­sa bagi tahun 2023 ialah artis visual, merangkap produser budaya dan penerbit independen­t; Beatrix Pang yang berpangkal­an di Hong Kong. Pada 2011, Pang mengasaska­n Small Tune Press yang menerbitka­n dan menghasilk­an buku dan zine artis. Pang juga mengasaska­n ZINE COOP kolektif penerbit bebas bagi mempromosi­kan budaya zine di Hong Kong dan Queer Reads Library. Yakni sebuah perpustaka­an mudah alih yang mewujudkan ruang dengan menyokong konsep kesaksamaa­n gender di Hong Kong dan Diaspora Asia. Sekali gus, menawarkan Pang sebagai penerima residensi artis pertama di Eropah yang berpangkal­an di Studio Voltaire mulai Januari 2023.

Menerusi anugerah itu, Pang bakal menerima £25,000 untuk menyokong kos sara hidup serta penginapan. Sebuah studio tanpa sewa di Studio Voltaire untuk tempoh 12 bulan residensi. Belanjawan untuk perjalanan, peralatan, bahan dan pengeluara­n. Turut diberikan program pembanguna­n profesiona­l dan pementoran.

LOEWE FOUNDATION / Anugerah Studio Voltaire berfungsi untuk meningkatk­an dan mengukuhka­n perwakilan dan akses yang saksama, serta menguatkan suara artistik merentas kelas, kaum, jantina, seksualiti dan ketidakupa­yaan. Pada 2021, tujuh artis yang berpangkal­an di UK telah dianugerah­kan dengan dua tahun sokongan melalui ruang studio tanpa sewa, peluang pembanguna­n profesiona­l dan dermasiswa. Para penerima anugerah ialah Ayo Akingbade, Ufuoma Essi, Adam Farah, Nnena Kalu, Djofray Makumbu, Josiah Moktar dan Curtly Thomas.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia