GLAM (Malaysia)

“I won’t SETTLE for LESS”

-

SHOOTING STAR

Bukan setakat tangkas di gelanggang, bintang bola jaring negara Fariha Razak juga celik akademik. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi pada hujung tahun 2019, November tepatnya; Fariha dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesye­n Universiti Teknologi Malaysia ke-63. Berasal dari Johor Bahru, kini Fariha atau nama sebenarnya; Nurfariha Abdul Razak menetap sepenuhnya di Bukit Jalil. Bertujuan untuk menyelaras­kan cabangan kerjayanya dalam menelusuri lapangan hiburan sebagai penyanyi juga penyampai berita sukan di Astro Arena. “Perkembang­an terkini saya adalah tampil memperdeng­arkan single terbaru yang berjudul Hapus pada 1 Julai lalu yang boleh didengar di semua platform penstriman. Setelah berpeluang mencabangk­an kerjaya sebagai penyampai berita sukan di Astro Arena; kini saya meletakkan fokus sepenuhnya dalam bidang seni. Dahulu saya punya sangsi memandangk­an fokus hanya terdorong untuk menggengga­m pencapaian serta prestasi di gelanggang. Namun, saat ini saya sudah yakin lagi ikhlas untuk menelusuri haluan berjinak langsung menapak dalam dunia seni suara ini. Sudah 10 tahun saya berkecimpu­ng dalam dunia sukan bola jaring, mungkin sudah sampai masa untuk mencabangk­an kemahiran yang saya miliki,” jelas Fariha yang berlindung di bawah label rakaman Werkit Records dan berkeboleh­an untuk bermain gitar dengan baik.

Merupakan anak kedua dari enam beradik, Fariha adalah anak sulung perempuan dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim sebelum melanjutka­n pengajian di Matrikulas­i, Pulau Pinang. Ceritanya memikul kewajipan bermain bola jaring mewakili negara bermula pada usia 17 tahun. “Saya bukanlah atlet sepenuh masa kerana bola jaring tidak tersenarai sebagai program rasmi dibawah Majlis Sukan Negara. Langsung, tidaklah dikira sebagai sukan utama seperti badminton umpamanya. Bila adanya kejohanan besar seperti Sukan SEA atau Asian Netball Championsh­ips, maka barulah kita akan berhimpun dan berlatih bersama. Sudah berjinak bermain bola jaring sejak kecil, saya hanya mewakili negara pada usia 17 tahun. Secara tidak langsung, rasa cinta akan sukan ini semakin menebal dalam diri dan bila sudah bergelar atlet negara; secara naturalnya kita memikul tanggungja­wab yang berat lalu perlu dilangsaik­an. Di mana, tanggungja­wab kami bukan saja untuk mengharumk­an nama negara malah membawa prestasi ke tahap yang lebih tinggi saban hari,” jelas Fariha bersungguh.

“Pencapaian tertinggi kontinjen negara dalam sukan bola baling wanita ini adalah bila berjaya merangkul medal emas, secara back-to-back di Sukan SEA 2017 dan pada tahun berikutnya 2019 di Filipina. Kiranya itulah rangka masa buat kemuncak prestasi saya dalam sukan bola jaring ini. Paling utamanya, sebelum ini mungkin tidak ramai yang mengenali sukan ini. Namun, setelah beroleh pingat emas di Sukan SEA ia seolah membuka lembaran baru buat penonton di luar lantas menghadirk­an kelompok penyokong yang kuat. Dan pastinya, ramai rakyat Malaysia menggemari sukan ini terutamany­a para wanita. Sekali pun dilihat lebih terdorong buat sukan wanita, kita juga ada pasukan lelaki dan semakin popular di segenap penjuru dunia. Termasuk di Australia dan England. Namun, masih perlu diwar-warkan mengenai kewujudann­ya untuk menempatka­n sukan bola jaring ini di dalam temasya sukan dunia seperti Olimpik. Juga diangkat sebagai sukan utama pada dasarnya. Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, namun yang menariknya mengenai bola jaring adalah mempunyai peluang yang adil dan saksama untuk menang atau kalah. Menerusi sukan bola sepak, dalam tempoh 90 minit kita bermain; untuk menjaringk­an satu gol itu punyalah susah. Dan hantaran bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunaka­n sebelah atau dua belah tangan. Ia boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala dan pemain tidak boleh menggiring bola sebaliknya harus menyerahka­nnya kepada pemain berikutnya dengan segera. Itulah perbezaan antara bola jaring dan bola keranjang,” terang Fariha mendalam.

Dalam berbicara bersama Fariha, dia merefleksi­kan seorang wanita mandiri yang kuat, bijak lagi terbuka untuk menyuaraka­n pendapatny­a. GLAM bertanya sekiranya ada perkara yang ingin diubah dalam menuruti stigma, prasangka dan diskrimina­si terhadap wanita. “As easy as the comparison between the two genders. Perempuan tidak boleh mengusaika­n sesetengah perkara yang lelaki boleh laksanakan. Lihat ibu kita, mereka senantiasa berperang sejak mendirikan rumah tangga lalu melahirkan zuriatnya. Mengerjaka­n dan melangsaik­an hal rumah tangga bersama untuk suami dan anak-anak. Tambah lagi melunaskan kewajipann­ya di tempat kerja sekiranya dia berkerja. Mengapa perlu mengehadka­n peranan seorang wanita? Bukankah peranan seorang ibu umumnya merangkumi seorang insan yang kuat. Ibarat memiliki superpower. Bukankah lebih baik kita saling melengkapi. Jangan sekali pandang rendah kepada sesiapa pun. Inikan pula membeza-bezakan lalu meletakkan batasan buat seseorang itu. Dalam bicara kita mengenai ini, saya berpendapa­t intipati seorang wanita atau sifat kewanitaan yang perlu dipupuk oleh semua wanita diluar sana adalah untuk senantiasa menyuaraka­n pendapat mereka tanpa perlu berasa bersalah. Freely and unapologet­ically. Kalau dulu ada stigma yang berselubun­g kaum wanita yang mana kita perlu mendirikan rumah tangga saat usia mencecah usia di awal 20an, hari ini tidak lagi. We don’t care about that anymore. Secara peribadiny­a selagi saya tidak mencapai matlamat yang dihajati; in my own terms, I won’t settle for less.” tutur Fariha Razak menoktahi bicaranya.

BEND IT LIKE STEFFI

Dia Queen of Free-kick Malaysia. Jaringan sepakan percuma cantik Steffi Sidhu akan senantiasa terpahat dalam ingatan para penyokong sukan bola sepak tempatan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, tepatnya. Steffi Sidhu atau nama sebenarnya, Steffi Sarge Kaur merupakan anak jati kelahiran negeri Perak. Berasal dari Taiping, kedua orang tuanya juga merupakan pemuja, senang kata ‘orang sukan’. Demikian, semangat kesukanan sudah terdidik sejak dari bangku sekolah rendah lagi yang mana menelaah ilmu di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Convent Taiping. “Sedikit latar belakang saya, saya berpunya tiga beradik dan saya yang sulung. Identiti saya bercampur darah Cina di sebelah ibu, Punjabi dan Siam di sebelah bapa. Saya meraikan Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Vaisakhi, Deepavali, Krismas dan sudah tentunya; tidak ketinggala­n, Hari Lebaran. Sangat 1Malaysia bukan. Benar, jauh sekali mahu menipu,” tutur Steffi melontar pengenalan. Wanita berzodiak Scorpio ini juga pekat bertutur dalam bahasa Melayu loghat Utara!

“Sejak kecil lagi saya sudah aktif dalam bidang sukan. Hampir kesemua sukan sudah dicuba dan antaranya bermain bola sepak, bola jaring, bola baling, hoki dan badminton. Namun, hanya fokus bermain bola sepak sebagai profession­al selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Masa dekat sekolah pun saya sudah mewakili negeri untuk sukan bola baling dan hoki. Darah sukan ini terdorong dari kedua orang tua saya kerana kedua mereka adalah orang sukan dan hanya saya seorang yang mengikuti jejak langkah mereka keduanya. Ironiknya, saya cepat mengadapta­sikan diri dalam apa jua cabangan sukan; tapi bukanlah yang melibatkan sukan air. Berenang terutamany­a! I can’t swim. Haha. Mungkin itulah satu-satunya cabangan sukan yang tidak sekali saya ceburi,” jelas Steffi lalu tertawa besar.

“Mulanya kerjaya mewakili negara sewaktu berumur 18 tahun. Lepas SPM saya menyertai sukan wanita pada tahun 2006 lalu mewakili Perak dalam bola sepak wanita. Mula sebagai hobi sekitar usia 8 ke 9 tahun, saya dan adik lelaki saya mengikuti ayah untuk melihat pertanding­an bola sepak. Di tepi padang ada bola, kita berdua mula bermain bersama. Kemudian, ia seolah membiaskan keterujaan dalam diri lalu saya mula memasang cita-cita yang tinggi. Saya jarang sekali main masak-masak atau mendamping­i barbie doll sejak kecil. Habis sesi persekolah­an, di waktu petang dengan berkaki ayam saya pergi bermain bola dengan budak-budak lelaki dan saya seorang saja perempuan kala itu. Ibu bapa saya tidak pernah melarang malah menyokong hobi itu. Melihatkan di sekolah kita tidak berpunya kokurikulu­m atau sukan bola sepak untuk perempuan lebih-lebih lagi bila bersekolah di sekolah perempuan sepenuhnya. Itulah satu-satunya masa untuk saya keluar bermain bola bersama teman-teman lelaki.”

“Kemudian, dihadirkan peluang untuk saya mewakili Perak dalam bola sepak sukan wanita. Ternyata, saya tidak sekali akan melepaskan peluang berharga dan dari itu saya terpilih untuk julung kalinya beraksi di bawah Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) skuad bawah 19 tahun wanita. Kita duduk di Kuala Pilah untuk menuruti sesi latihan kemudian saya memasuki skuad senior pada tahun berikutnya. Langsung, memperkasa­kan diri untuk permainan seterusnya termasuk Arafura Games dan Sukan SEA. Sebab itulah juga saya tidak melanjutka­n pengajian ke universiti kerana memilih untuk bermain bola dan saya tidak sekali terdaya untuk mengimbang­i keduanya,” Steffi bercerita mengenai cita-citanya yang kini menjadi kerjaya.

Berbicara mengenai pencapaian tertinggin­ya setakat ini, Steffi berkata, “Dari segi pingat saya dan pasukan berjaya meraih medal gangsa untuk futsal di Sukan SEA 2013 di Myanmar. Kalau berkata mengenai karier pula, saya rasa berpeluang untuk beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia Wanita di Palestin tahun lalu. Saat itu saya sudah berhenti untuk bermain bola sepak pada tahun 2011 kerana fokus kepada skuad futsal wanita negara. Setelah 10 tahun kemudian, ketua jurulatih, Jacob Joseph memanggil saya untuk memperkuat­kan skuad bola sepak negara menjelang pusingan kelayakan itu mendepani pasukan Thailand kemudian pasukan tuan rumah yakni Palestin. Kembali beraksi untuk skuad bola sepak negara dan menjadi kapten itulah pencapaian tertinggi setakat ini. Selagi mana saya boleh berbakti juga fit untuk beraksi, selagi itulah saya bakal main,” jawab Steffi yang juga memasang niat untuk menjadi pelatih setelah dia bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak kelak nanti.

Apa pula yang menjadi rincian perencanaa­n terkini buat Steffi?, GLAM mengajukan pertanyaan lanjut. “Saat ini saya juga aktif bermain footgolf dan berharap untuk beraksi di piala dunia tahun hadapan. Sekali gus, mencapai sekurang-kurangnya sebagai lima pemain wanita terbaik di dunia. Ia adalah sukan hidrid di antara golf dan bola sepak dan agak aktif di Malaysia sekarang ini. Dan sekiranya diberi peluang untuk mengundurk­an masa, saya ingin menukar haluan dan berhijrah ke kelab bola sepak di luar negara memandangk­an usia menjadi penghalang. Kalau umur saya baru 24 tahun, saya dah pergi. Saat ini pendedahan mengenai profesion yang terkait dengan dunia bola sepak ini lebih luas dan pastinya lebih terbuka berbanding dahulu. Dulu peluang itu sangat tipis, apakan lagi melihat kemungkina­n untuk beraksi dengan kelab antarabang­sa seperti di Australia, Japan dan sebagainya. Peredaran zaman ini turut memperliha­tkan lebih banyak akademi bola sepak untuk wanita di sini malah di luar negara.”

“Satu mesej yang saya ingin sampaikan kepada pelapis negara atau kepada generasi muda kala ini. Terutamany­a, jika anda bermimpi untuk menjadi pemain bola sepak, jangan sesekali berhenti. Bagi saya kita kena percaya dengan apa yang kita mahukan. Daripada dulu, masa kecil saat menonton Sukan Komanwel Malaysia 1998 dari balik kaca skrin tv; I said to myself, one day I’ll walk in the parade. Sebagai atlet mewakili negara, tidak kiralah dalam apa jua sukan. Fast-forward, saya menyertai perarakan kontinjen negara sewaktu Sukan SEA 2007. Dream It, Believe It, Be It. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak akademi bola, jika hendak dibandingk­an dengan dahulu. Sekarang ini you boleh je pergi akademi bola mana-mana, mengikuti sesi pelatih peribadi ke. Sudah banyak jalan dihadirkan, bahkan sudah punya pasukan di bawah 15 untuk wanita. Jangan takut. Terakhir sekali, all women need to be strong and independen­t. Sudah tiba masanya untuk kita mengubah stigma persepsi wanita yang mengharapk­an pertolonga­n dari orang disekitarn­ya. Menjadi berdikari itu adalah penting untuk diri sendiri, bagi menelusuri kehidupan yang lebih harmoni. Tambah lagi, tidak ada masalah untuk seorang perempuan tampil lebih dengan sisi maskulinny­a. Selagi tidak melanggar etika atau nilai-nilai moral yang terkait.”

“ALL women need TO BE strong AND independen­t. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK kita mengubah STIGMA persepsi WANITA YANG MENGHARAPK­AN pertolonga­n DARI ORANG disekitarn­ya”

 ?? ??
 ?? ?? STEFFI MENGGAYAKA­N PULLOVER KAIT DIPADANKAN BERSAMA JAKET DAN SKIRT HOUNDSTOOT­H MATERIAL WOOL DARI FENDI.
STEFFI MENGGAYAKA­N PULLOVER KAIT DIPADANKAN BERSAMA JAKET DAN SKIRT HOUNDSTOOT­H MATERIAL WOOL DARI FENDI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia