GLAM (Malaysia)

TANK TOP PUTIH

- teks JOHAN KASSIM

Antara jaket lengan puff, perincian bertali, korset dan labuci, pastinya banyak rekaan yang menepati cita rasa. Jika sebelumnya banyak pereka menjadikan momen pandemik sebagai waktu menyederha­nakan gaya berpakaian. Musim ini, trend gaya merayakan semangat baharu yang diekspresi­kan melalui cara berpakaian dan terlihat tank top putih muncul sebagai kunci gaya musim luruh 2022. Trend ini bukanlah baharu. Dan tidaklah di luar jangkaan. Sejak ‘90-an lagi, tank top putih membentuk cara berpakaian kebanyakka­n anak muda. Dan jenama Calvin Klein antara yang merelevans­ikan penggayaan tank top.

Namun, tank top putih mula menjadi kegemaran semula di kalangan orang-orang fesyen, apa lagi menyaksika­n model, tiktokers dan bintang gaya jalanan memakainya dengan padanan gaya yang pelbagai. Ringkas, kesederhan­aan, tetapi ada impaknya tersendiri. Jenama high street diperhatik­an menawarkan serangkaia­n tank top buat memenuhi kehendak. Dan khabarnya sekejap sahaja habis terjual.

Tank top putih kembali mengunggul­i fesyen terbukti sejak Prada menghadirk­an deretan tank top putih yang dihiasi logo segitiga Prada untuk koleksi musim luruh 2022. Lebih menghangat­kan, pementasan musim luruh 2022 dibuka dengan look pertama yakni paduan tank top putih bersama skirt panel. Dan seterusnya muncul beberapa look lain yang menjadikan tank top putih sebagai gaya utama. Dipakai dengan cara yang berbeza. Tampak lebih cool dan ada attitude. Populariti tank top putih kian berkembang. Selain Prada, beberapa jenama lain turut memunculka­n paduan gaya tank top putih sewaktu pementasan koleksi musim luruh 2022. Langsung, membentuk trend baharu dan memakainya bagaikan satu gaya asas selepas memasuki musim baharu. Dan walaupun stail tank top tampak ringkas dan adakalanya terlalu ringkas, namun wanita seperti Hailey Bieber, Bella Hadid dan Kaia Gerber ada menunjukka­n idea gaya meningkatk­an stail tank top. Misalnya, padanan bersama kemeja kapas oversized atau seluar kargo. Mereka membuatkan tank top putih kembali cool. Dan rekaan klasik ini memang banyak peranannya terutamany­a kala membentuk gaya sehari-hari. Kesederhan­aan rekaan tank top putih adalah sebahagian daripada daya tarikannya. Jika anda gemarkan sesuatu gaya yang mudah untuk dipakai, jangan buntu dan sebaliknya, kekalkan nada klasik dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan bawahan denim. Memandangk­an tank top putih tersangat asas, sebenarnya tiada batasan untuk memakainya. Sarung seluar besar atau skirt mini yang seksi. Tambah aksesori secara berlingkar atau kasut tumit yang chunky. Feel free to experiment with it. Terdapat banyak idea gaya untuk memakainya dengan cara yang sesuai dengan estetika peribadi anda. I like to say that white tank tops are my favourite trend of the season! GLAM approved!

 ?? ??
 ?? ?? BOTTEGA VENETA
BOTTEGA VENETA
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia