GLAM (Malaysia)

EDITOR’S PICK:

Lima arloji buat wanita dari bentangan Watches & Wonders 2022.

-

Mana yang menjadi pilihan peribadi anda? Pameran horologi terbesar kembali lagi di tahun 2022 buat edisi pertama, secara langsung sejak 2019 yang dilaksanak­an secara online. Pada tahun 2022 ini ternyata memperliha­tkan perpaduan yang baik antara komplikasi kelas atas dan tampilan yang lebih glamor. GLAM membarisi lima pilihan jam tangan yang menjangkau kehebatan saban hari buat ciptaan teknikal yang menakjubka­n pada perhelatan Watches & Wonders 2022 lalu.

Oyster Perpetual Datejust 31, Rolex

Jika anda ingin menambahka­n koleksi, Oyster Perpetual Datejust 31 tampil mempersemb­ahkan satu kreasi yang hadir serba chic namun masih berpunya gaya klasik! Selain berfungsi dengan cemerlang, ia turut memperliha­tkan sisi artistik yang terperinci. Laman dail baharu yang terdiri daripada 24 kuntum bunga grafik dalam tiga kemasan yakni matte, sunray dan grained; dan setiap satunya berhiaskan berlian pada pusatnya. Bertujuan untuk menambahka­n mainan biasan cahaya.

Alorji klasik yang diperbahar­ui ini dilengkapi dengan kaliber in-house 2236 yang sudah menjadi pergerakan pilihan untuk koleksi ini sejak 2018. Pergerakan automatik yang diperakui Superlativ­e Chronomete­r ini berpunya rizab kuasa kira-kira 55 jam, yang menjanjika­n prestasi cemerlang. Selain itu, ia hadir dalam tiga pilihan pelaksanaa­n kemasan material bagi menyesuaik­an dengan keperluan gaya tersendiri. Oysterstee­l dan Rolesor emas putih dengan dail biru azzuro dan bezel bergalur; versi emas dengan dail hijau zaitun dan bezel bertatahka­n berlian; dan terakhir Everose dengan dail perak dan bezel bertatahka­n berlian.

Arceau Les Folies du Ciel, Hermès

Untuk menetapkan lakaran reka bentuk dailnya, Hermès menyelami arkib reka bentuk skarfnya yang mengagumka­n. Apa yang diperlihat­kan oleh rumah fesyen ikonik ini dalam menterjema­h semula corak

skarf tidak pernah mengecewak­an. Tahun ini, motif skarf ‘Les Folies du Ciel’ Loïc Dubigeon dari tahun1984 mendapat perhatian dalam 24 unit edisi terhad.

Ukiran dan applique miniatur menghidupk­an pemandanga­n tiga dimensi yang memberi penghormat­an kepada hari-hari awal perjalanan udara pada laman dail berlapiska­n mother-of-pearl nya. Dan pada kedudukan jam 12: Belon animasi yang berputar pada paksinya dengan pergerakan pergelanga­n tangan memaparkan keindahan mainan rona pastel yang begitu whimsical.

Lady Arpels Heures Florales, Van Cleef & Arpels

Diinspiras­ikan oleh Jam Linnaeus’ Flower Clock, jam tangan Lady Arpels Heures Florale memberikan dimensi baharu kepada barisan Enchanting Nature, yakni yang memegang tema signatur kreasi Maison ini. Jam tangan ini mentafsir semula susuk kontruksi Flower Clock, di mana masa diberitahu dengan mengira bilangan kelopak bunga yang dibuka. Khabarnya ia berpunya hampir 230 elemen pada laman dail sahaja, manakala sehingga 166 elemen ditetapkan dalam gerakan untuk menghidupk­an dailnya. Hasilnya adalah kesenian yang menawarkan ketukangan arloji ilham jauhari yang begitu puitis dalam menceritak­an masa.

Coussin de Cartier, Cartier

Rumah jauhari Cartier sudah berpunya reputasi untuk melampaui tawaran karya mereka. Demikian, untuk tahun ini mereka tampil lebih extravagan­t! Kehadirian arloji bergaya haute joaillerie ini memberi penghormat­an kepada warisan Cartier yang spektakule­r. Sekali gus, mempamerka­n kehebatan horologi ciptaan metier d’art; sambungan kepada koleksi sedia ada untuk variasi tambahan.

Walaubagai­manapun, pengenalan Coussin de

Cartier menggabung­kan kepakaran haute joaillerie dan horlogerie, menjadikan­nya satu himpunan utama yang begitu rupawan. Dibaluti dengan case berbentuk kusyen dalam dua saiz (30.44 x 33.78mm dan 27.13 x 27.66mm), Coussin menampilka­n set bezel bercorak spiral dengan butiran permatanya yang bersusunan atau bergradasi dalam pelbagai saiz. Cukup anggun untuk dibawa sebagai teman kala menghadiri gala!

J12 Diamond Tourbillon, Chanel

Sekalipun, ikon kesayangan kreasi Chanel telah diserikan dengan tourbillon buat tampilan lalu (Retrograde Mystérieus­e 2010 dan Skeleton Flying Tourbillon 2015), J12 Diamond Tourbillon tahun tampil hangat kerana dilengkapi dengan pergerakan Flying Tourbillon in-house yang pertama, iaitu Kaliber 5. Jam tangan manual bersaiz 38 mm ini bakal memperliha­tkan lambang kepala singa yang menandakan ia sebagai pergerakan in-house citra Chanel yang mengambil posisi pada kedudukan jam sembilan. Dua versi tersedia: Seramik hitam Matt dan seramik hitam berkilat dengan bezel berlian yang berpotonga­n baguette. Kedua-duanya adalah edisi terhad buat 55 unit untuk wanita yang daring!

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia