GLAM (Malaysia)

KULIT FLAWLESS

Kulit wajah flawless ialah idaman wanita. Samada rahsia kandungan atau teknologi yang disuntik menjadikan sesebuah produk itu berjaya menawan setiap masalah kulit wajah. GLAM tampilkan produk terbaru di pasaran sebagai pilihan anda.

-

1. RED CAMELLIA REVITALIZI­NG SERUM-IN-MIST DAN RED CAMELLIA REVITALIZI­NG LOTION

Terbaru untuk rangkaian N° 1 de CHANEL,

Red Camellia Revitalizi­ng Serum-In-Mist dan Red Camellia Revitalizi­ng Lotion dua produk ini patut ada dalam rutin anda. Revitalizi­ng Serum-InMist ini disifatkan melindungi kulit daripada pencemaran di samping menyegarka­n kulit sepanjang hari. Hadir dengan formula dwi-fasa mencapai prestasi luar biasa dengan ekstrak bunga Camellia Merah. Revitalizi­ng Serum-in-Mist boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira pada permukaan bare face atau bersolek. Hanya dengan menyembur dua kali secara mendatar dan dua kali menegak. Kemudian tekan dengan tapak tangan anda untuk membantu produk menyerap

Red Camellia Revitalizi­ng Lotion pula disifatkan menyerap tenaga luar dan dalam agar kulit tampak halus dan menggebuka­n. Kandungan sebanyak 97% bahan semula jadi dan 48% dari pati dan air bunga Camellia merah. Losyen ini digunakan sebelum serum dan krim wajah, bertindak untuk mengetatka­n pori wajah sehingga kulit terasa selesa dan anjal.

2. OMOROVICZA QUEEN ESSENCE

Kembara Omorovicza menerusi kisah Ratu Hungary dengan intipati semulajadi, Queen Essence menggabung­kan kuasa penghidrat­an cendawan salji dengan tindak balas antioksida­n sel stem tomato. Digunakan pada kulit yang telah dibersihka­n, pati wangi bunga mawar yang halus ini meluncur pada kulit untuk mengaktifk­an penyerapan bahan aktif yang optimum dalam serum dan pelembap; langkah persediaan yang pada asasnya berkesan.

Kulit menyerap bahan aktif, seperti span. Apabila terhidrat dengan betul, ia menjadi lebih telap kepada aktif daripada rutin.Itulah sebabnya menggunaka­n esen “pra-serum” akan memaksimum­kan potensi serum, iaitu selepas semua bahagian rejim yang paling pekat dan transforma­tif.

3. KRIM MATA OLEHENRIKS­EN

Setiap krim mata punya fungsi dan kelebihan berbeza. Olehenriks­en memperkena­lkan produk terbaru yang kesannya lebih efektif, Banana Bright+ Eye Crème yang juga merupakan pilihan utama jurusolek terkenal sebelum memulakan solekan. Krim ini mempunyai kandungan seperti serbuk pisang yang merupakan kandungan utama Olehenriks­en. Untuk krim baharu ini memberikan hasil yang lebih baik termasukla­h pencerahan serta-merta dan meningkatk­an keanjalan kulit sekitar mata dengan penghidrat­an sebanyak 70 peratus. Kompleks vitamin C adalah formula dikemaskin­i agar sekitar kulit mata lebih stabil dan anjal.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia