GLAM (Malaysia)

FLORA FANTASY

Memasuki dimensi baharu, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum menakluki kebebasan yang dicari-cari dalam dunia #FloraFanta­sy.

- teks JULIA AZMAN gambar GUCCI BEAUTY

Selepas haruman Gucci Flora Gorgeous Gardenia mencipta legasi tersendiri, kini hadir pula aroma baharu yang bakal memikat hati anda. Baru sahaja diperkenal­kan sekitar Ogos 2022, Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum meletus kegembiraa­n penuh berseri bersama ramuan utama yakni Grandiflor­um Jasmine. Sejambak lembut bunga melati melalui proses pengekstra­kan serta diadun pula bersama nota asas Sandalwood dan Benzoin, lebih mencipta keghairaha­n serba unik kala disembur. Elemen kegembiraa­n ditambah bersama nota optimistik Mandarine Essence dan Magnolia Accord yang memberi ketenangan berpanjang­an.

Kehadiran wangian kedua ini ibarat mengembali­kan momen kembara bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum pada tahun 2021, iaitu kisah #FloraFanta­sy yang mengelilin­gi dunia rujukan pop bersama haiwan yang comel dan bersama wajah kempennya, Miley Cyrus. Dunia imaginasi ini penuh ekspresif yang bermanifes­tasikan detik kegembiraa­n aromanya serta ekspresi diri serba keyakinan. rntuk kempen kedua ini, sekali lagi dirakam oleh Petra Collins untuk Miley Cyrus dan #FloraFanta­sy terbaharu ini diteruskan ke ruang dalaman yang bercahaya nan fantasi.

Gucci Flora Gorgeous Jasmine Eau de Parfum botolnya diilhamkan oleh kuasa turquoise stone yang sering dikaitkan dengan harapan dan perlindung­an. Dibayangka­n semula dalam visi Alessandro Michele, corak bunga adalah inspirasi dari rekaan untuk rumah Gucci yang diberi nafas baharu dengan ciptaan lebih segar. Wangian ini sebagai objek inspirasi dalaman bagi semua yang menemuinya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia