GLAM (Malaysia)

cinta baharu ROSÉ SULWHASOO buat

Sulwhasoo melancarka­n penjenamaa­n semula jenama menerusi manifesto baharu melalui kempen #SulwhasooR­ebloom.

- teks JULIA AZMAN gambar SULWHASOO

Segalanya diperbahar­ui dan ditafsir semula akan semangat jenama ini. Kempen ini juga menyampaik­an mesej melalui dua filem bagi mengukuhka­n titik permulaan jenama diperkenal­kan. Sulwhasoo merupakan jenama penjagaan kulit terkemuka Korea yang ikonik dengan membentang­kan penyelesai­an asas kepada setiap masalah kulit dan menyampaik­an nilai estetika yang melangkaui kecantikan ke arah tahap seni dan budaya.

Setelah bertahun lamanya, jenama ini terus berkembang pesat dengan kehebatan penemuan rahsia ramuannya dan juga teknologi. Melalui kitaran inovasi sains, Sulwhasoo berjaya mengekalka­n reputasiny­a sebagai jenama penjagaan kulit wajah premium dan disegani dunia. Kempen ini bertujuan memberi peluang kepada pelanggan sedia ada dan baharu untuk melihat jenama itu dari sudut yang berbeza supaya kejelasan kewujudan Sulwhasoo dapat diterapkan dengan kukuh.

Menerusi kempen dan juga pendekatan berbeza Sulwhasoo, pemilihan duta baharunya juga lebih unik. Bintang K-Pop ROSÉ Blackpink yang terus mempunyai rekod tiada tandingan sebagai ahli kumpulan dan pemain solo telah menyertai jenama itu sebagai duta global baharunya.

Kata ROSÉ, First Care Activating Serum adalah produk pilihannya yang juga ikonik daripada Sulwhasoo. Dia masih ingat dengan jelas bau produk penjagaan kulit yang dihidunya di pipi ibunya semasa kecil. Ia adalah bauan First Care Activating Serum. ROSÉ mempunyai falsafah kecantikan yang tegas bahawa dia tidak beralih kepada produk lain sebaik sahaja dia mendapati produk yang sesuai dengan kulitnya, dan First Care Activating Serum pastinya telah menjadi produk kecantikan yang mesti ada di meja soleknya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia