GLAM (Malaysia)

AROMATIK BOTANIKAL Jenama wangian pertama dari Australia, Goldfield & Banks kini berada di Kuala Lumpur dengan barisan ekslusif yang mewah dengan aroma botani.

- teks JULIA AZMAN gambar GOLDFIELD & BANKS

Menerokai destinasi olfaktori serba mewah dengan keindahan luar biasa botaninya. Australia simpan seribu satu kekayaan alam semula jadi. Intipati ini disuntik dalam rangkaian eksklusif wangian Goldfield & Banks, yakni satu-satunya jenama wangian dari Australia. Seperti penemuan istimewa buat jenama mewah kerana penemuan bahan semula jadinya tidak pernah diterokai. Menurut lagenda, kayu cendana yang tumbuh mekar di atas tapak penemuan emas di bumi Australia. Pengasas Goldfield & Banks, Dimitri Weber dengan bangganya menjalanka­n kerjasama khas bersama perintis di Australia untuk memastikan setiap ramuannya terjaga rapi

SEMBANG CANTIK BERSAMA PENGASAS GOLDFIELD & BANKS, DIMITRI WEBER kisah ringkas anda dan dunia wangian? Selama 26 tahun berkecimpu­ng dalam bidang pembuatan wangian mewah buat saya lebih agresif untuk mengkaji aroma yang baharu. Walaupun sebelum ini, agak aktif dalam dunia berbeza iaitu pemasaran untuk beberapa jenama mewah namun sifat ingin tahu setiap nota buat saya tidak teragakaga­k untuk pindah ke Australia pada 2015. Goldfield & Banks mula diperkenal­kan pada November 2016 dan menjadi pilihan warga Australia dan juga antarabang­sa. pendapat anda mengenai penerapan kelestaria­n dalam wangian? Kami bersifat transpiras­i terutama menerusi pemilihan ramuan. Setiap penggunaan adalah cukup teliti dan menepati program kelestaria­n. Daripada mengambil ramuan dari luar, lebih baik kami mengekalka­n identiti dengan menggunaka­n bahan semula jadi yang dipetik atau diambil dari setiap pelusok benua Australia. Selain itu, pembungkus­an di Goldfield & Banks hanyalah menggunaka­n biodegrada­ble dan mengurangk­an pembaziran. tip pemakaian wangian cara anda? Paling tepat buat diri saya adalah dengan menyembur pada pakaian. Jika anda sudah biasa dengan semburan di kulit badan, apa kata cuba pada fabrik seperti kapas atau linen kerana ia akan menyerap bau lebih efektif. Jika anda pakai stokin, sembur juga padanya barulah aromanya kekal sepanjang hari.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia