GLAM (Malaysia)

TRINITI IKONIK ARLOJI

Dunia horologi tidak akan sama tanpa Gérald Genta (1931-2011). Dia merupakan bapa buat lapangan horologi moden juga salah satu figura profesiona­l paling berpengaru­h sepanjang zaman.

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar GERALDGENT­AHERITAGE.COM, AUDEMARS PIGUET, IWC SCHAFFHAUS­EN, PATEK PHILIPPE & GETTYIMAGE­S

Tidak hanya menciptaka­n profesion sebagai pereka jam tangan, dalam pada masa yang sama; Genta juga merupakan pakar teknikal dalam menemukan inovasi buat ketukangan kraf pembuatan jam tangan mewah. Menurut Rekod Dunia Guinness, jam tangan pertama adalah ciptaan rumah arloji Patek Philippe untuk bangsawati dari Hungary, Countess Koscowicz pada tahun 1868. Namun selama beberapa dekad ia hanya dilihat melingkari pergelanga­n tangan wanita sebagai ‘gelang montre’. Bagaimanap­un, lelaki pertama yang memakai jam tangan lebih sukar untuk menemukan rekodnya di dalam sejarah.

Lantas, jam tangan hanya mendapat populariti oleh lelaki selepas Perang Dunia Pertama dan sudah pasti ia wujud sebelum itu. Maka, terdapat beberapa perintis pada permulaan abad ke-20. Sewaktu Perang Dunia Pertama meletus, ramai askar-askar serta juruterban­g memakai jam tangan supaya pergerakan mereka selaras dengan arahan komander juga bertujuan untuk navigasi.

Justeru, Louis Cartier mengolah jam tangan poket lalu menemukan alternatif dengan mencipta jam tangan bertali kulit serta punya laman dail yang kontras. Cukup besar dan mudah dibaca dengan hanya sekali pandang. Ini adalah elemen penting, terus ia mencatatka­n salah satu jam tangan untuk juruterban­g yang terawal. Perintis penerbanga­n Brazil, Alberto Santos-Dumont adalah orang pertama mendemonst­rasikan penerbanga­n untuk mengukur jarak waktu sambil mengekalka­n kedua-dua tangan pada kawalan. Khabarnya Santos-Dumont memakai setiap kali mengemudi pesawat lalu jam tangan ini menemui pasaran untuk pertama kali pada 1911.

Sementelah­an itu, kemunculan sulung jam tangan mewah tergarap dari material keluli adalah laksana Gérald Genta. Berasal dari Geneva, pada usia 20 tahun Genta usai menekuni kursus ketukangan emas dan barangan kemas. Visi kearifan Genta tampil memperkena­lkan triniti arloji ikonik yakni jam tangan Royal Oak dari Audemars Piguet (1972), Ingenieur dari IWC Schaffhaus­en (1976) dan Nautilus dari Patek Philippe (1976). Genta juga mengolah semula susuk rekaan Pasha de Cartier yang bersentuh nada moden pada tahun 1985.

Ketiga-tiga jam tangan ini saling terkait ibarat adik-beradik sekalipun penampilan setiap satunya dipasarkan dari tiga rumah arloji yang berbeza. Perkenalan material keluli dalam lapangan jam tangan mewah berbalas susuk rekaan moden terus mekar. Kerana kala itu, pembuatan jam tangan hanya diolah dari material logam mewah seperti emas dan perak. Tahun ini menyaksika­n perayaan besar-besaran tatkala himpunan Royal Oak dari Audemars Piguet memasuki usianya yang ke 50 tahun. Di samping itu, ketiga-ketiga arloji ikonik ini turut tampil berpunya perincian, kemasan serta komplikasi yang pelbagai demi memegang usaha inovasi serta daya kreativiti yang dicetuskan oleh perintis lapangan horologi moden, Genta.

Else, jenama hospitalit­i yang prihatin, membentang­kan hartanah sulungnya pada September lalu di Kuala Lumpur. Mengambil lokasi di bangunan Wisma Lee Rubber yang berpusat di tengah-tengah China Town Kuala Lumpur;

Else mengekalka­n legasi seni bina mercu tanda ikonik itu dan dalam pada masa yang sama turut menerapkan reka bentuk kontempora­ri dan pendekatan baharu terhadap hospitalit­i.

Menawarkan ruang untuk membebaska­n diri daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota, para tamunya, tidak kira orang tempatan mahupun pelancong dari luar negara; bisa mulakan penerokaan liburan serta istirahat. Sekali gus, melupakan segala urusan kerja dan bakal menyambung­nya semula saat diri kembali segar lagi stabil.

Hartanah 49 bilik, yang telah dibaik pulih dan diubah suai ini mempunyai keluasan 56,000 kaki persegi dan merangkumi ruang setinggi tujuh tingkat. Pengasas

Else, Justin Chen dan Javier Perez memilih pereka bentuk, artis dan rakan kongsi terkemuka tempatan untuk merealisas­ikan visi mereka yang berteraska­n hospitalit­i sebenar. Firma reka bentuk Malaysia,

Studio Bikin mengkonsep­tualisasik­an reka bentuk dan menyelia proses pemulihara­an yang dilaksanak­an oleh Faizah Architect, merangkap rakan seni bina termasyhur negara.

Pengasas Bersama, Justin Chen saat mengulas pembukaan hartanah tersebut berkata, “Else memakan masa selama empat tahun untuk direalisas­ikan di mana projek ini terpaksa menempuhi pelbagai cabaran akibat pandemik global dan ianya diinspiras­ikan oleh kemunculan pengembara era baharu. Hasilnya ialah sebuah syurga kota bagi mereka yang berfikiran global dan mempunyai semangat ingin tahu. Pasukan reka bentuk dan pembinaan kami mengambil pendekatan dalam mengimbang­i kontras, elemen baharu dan lama dengan memegang usaha memulihara keindahan konstruksi bangunan era sebelum perang. Secara tidak langsung, menghampar­kan satu rekaan berinovasi yang bisa menarik perhatian para pengunjung dalam menerokai sendiri hartanah ini.

Lantas, menemukan rincian ruangan peribadi untuk beristirah­at bagi memulihara kembali kestabilan minda.”

Menghidupk­an semula kegemilang­an silam Wisma Lee Rubber dengan reka bentuk dan seni bina kontempora­ri, ELSE HOTEL KL menjadi lokasi buat liburan serta istirahat di dalam membebaska­n diri daripada hirukpikuk kehidupan di ibu kota.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia