GLAM (Malaysia)

BALI TIDAK AKAN SAMA TANPAMU

-

Selalunya November menjadi bulan yang cukup saya cintai. Membuka bulan ke-11 ini dengan sambutan hari jadi, dilimpahi dengan banyak ucapan sayang daripada teman. Juga, saya sempat berlari ke Bali. Pulau keramat yang cukup istimewa buat saya. Selepas dua tahun tidak menginjak pada pasir pantai Bali, maka seminggu saya habiskan masa di saya. Mungkin membalas dendam rindu. Tetapi, penghujung November membawa khabar yang duka. Orang penting yang memperkena­lkan Bali kepada saya sudah tiada, kembali ke Maha Penciptany­a. Sayu hati ini, menghabisk­an bulan November. Dari rasa sayang, bulan ini memberi tamparan sedih pada saya.

Zulfikli Bin Sulaiman, tapi lebih mesra dengan sapaan Baba Zul atau Pak Jul telah meninggalk­an dunia sementara ini pada 20 November 2022. Baba Zul adalah tulang belakang dalam majalah GLAM, tempat saya membesar. Boleh saya katanya, yang saya ini membesar di hadapan matanya. Di pejabat, dia menjadi tempat saya meluahkan banyak benda. Ada kala, saya akan berlari ke ruang pojok pejabatnya (penuh dengan coffee table books) hanya duduk di tepi, senyap tanpa berbicara. Dia tahu tempatnya ini bagaikan refugee camp buat saya. Dalam sunyi tanpa sebarang bicara, hanya bertemanka­n lagu-lagu sentimenta­l Indonesia, saya mendapat ketenangan. Ruang kecil itulah ‘syurga’ saya di pejabat lama.

Ketika warkah nukilan ini ditulis, Zulkifli sudah selamat dikebumika­n. Maafkan saya Zul, tidak kuat untuk memandikan kamu buat terakhir kali. Air mata yang jatuh ini tidak mampu memberitah­u betapa sedihnya kami sekumpulan #Balipeeps. Sesudah Maghrib, ramai orang hadir ke acara pengebumia­n. Zul, kamu sangat dicintai dan disayangi. Tiada satu pun cemuhan atau nota-nota negatif tentang Zul. Semua bangga dapat mengenali Zulkifli Sulaiman. Mereka yang dapat menghabisk­an masa dengan Zul mungkin tidak akan dapat merasainya dengan orang lain. “Kita tiada kawan yang seperti Zul,” ujar Min Kamaruddin. Saya senyap tapi cukup bersetuju. Zulkifli Bin Sulaiman, saya berjanji yang kami akan sentiasa sayang sampai akhir waktu, Insyallah.

Selepas kehilangan sahabat baik, saya rungkaikan yang kecantikan itu bukanlah hanya luaran. Cantik perlu hadir dari dalam, seperti Zul yang tidak pernah menaikkan suara. Setiap tegurannya diselitkan dengan jenaka, agar saya tidak mudah goyah. Zul adalah orang penting dalam merencanak­an dan mewarnakan GLAM juga pasukan editorialn­ya. Cita rasa mewah yang kami miliki, adalah ehsan ilmunya. GLAM dedikasika­n isu kecantikan ini buat Zulkifli bin Sulaiman, mantan Pengarah Kreatif GLAM. Semoga Zulkifli Bin Sulaiman mendapat berkat dalam apa jua yang pernah dihulurkan. Lapangkanl­ah kuburnya, serta angkatlah dia di atas langit yang paling indah.

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia