GLAM (Malaysia)

MASA HADAPAN YANG CERAH

-

Saya cukup sukakan imej kulit majalah GLAM pembuka tahun 2023. Vivy Yusof, satu ikon wanita yang GLAM sanjungi digubah indah oleh Johan Kassim, Khir Khalid, Naz dan Chee Wei. Jarang sungguh dapat melihat Vivy dalam solekan yang lebih dramatik. Makanya, saya memberi kebebasan buat pasukan kreatif ini mencuba sebaiknya agar Vivy tampil lain buat GLAM. Bukankah ini sebenarnya fantasi di GLAM? Menghidupk­an alter ego dalam diri setiap wanita.

Riuh menyaksika­n sesi penggambar­an Vivy, apatah lagi semua di studio masih berasa bangga dengan kejayaan yang dimiliki olehnya. Tahun 2022 adalah milik Vivy Yusof. Business of Fashion menyenarai­kan dia sebagai salah seorang BoF 500 dan pada penghujung tahun pula Vivy melancarka­n buku The First Decade, hasil nukilannya sebagai tanda merayakan 1 dekad sebagai usahawanit­a. GLAM bangga menjadi sebahagian jalan kisahnya. Dialah simbol wanita muda yang cekal dalam memacu kerjaya agar kekal unggul.

Saya sempat menghabisk­an bukunya sebelum masuk 2023. Apa yang terpahat dalam otak adalah nasihat yang diberikan oleh Diane von Furstenber­g kepada Vivy yakni; Make sure you control the narrative. Kadang kala kita lupa tentang diri dan memberi orang lain kebebasan untuk menjadi penulis skrip utama kehidupan kita. Maka, jangan beri orang lain untuk kawal jalan hidup kita. Jangan sesekali takut untuk mengikut jalan lain, walaupun ia bukan satu pilihan yang popular. Kamu adalah kapten diri sendiri, kamu tahu siapa diri kamu dan kamu tidak boleh menipu menjadi orang lain.

Selain Vivy, edisi kali ini turut menjemput the famous Zulkifli Sisters - Nurul & Amira buat ruangan Profil. Mimpikita yang dahulunya jenama kecil, kini sudah menginjak lebih dewasa. Butik mereka yang tersergam di Bangsar tidak pernah putus menerima pelanggan. Menyaksika­n jenama ini berkembang maju atas usaha adik beradik ini sejak 15 tahun yang lepas, Mimpikita mampu mewujudkan satu komuniti mereka. The cult of Mimpikita; mereka adalah wanita moden, bijaksana dan suka berfesyen.

‘Mimpikita bukan lagi mimpi’ oleh Marini Mat Zain mengumpulk­an kisah bagaimana jenama Mimpikita bangun berdiri sehingga sekarang. Saya pasti, jenama ini akan terus mekar dalam mewangikan arena fesyen lokal. Sifat kecekalan milik tiga beradik ini (Syahira Zulkifli adalah adik bongsu mereka) memacau jenama dengan semangat kekeluarga­an wajar menjadi contoh buat mereka yang mahu mula berjalan dalam arena perniagaan.

Ambil perkongsia­n wanita-wanita ini sebagai pembakar semangat buat 2023. Enjoy the issue.

 ?? ??
 ?? PENGARAH KREATIF ??
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia