GLAM (Malaysia)

PRODUK PENJAGAAN RAMBUT

-

Untuk mengekalka­n rutin penjagaan rambut tanpa produk yang sesuai adalah bukan perkara yang mudah. Rambut perlukan penjagaan intensif terutama buat yang sudah terdedah dengan kimia mahupun alatan pengayaan rambut. GLAM bariskan jenama penjagaan rambut premium yang baharu di pasaran.

1. RAHUA Diformulas­ikan menggunaka­n ramuan semula jadi unik, apabila Fabian Lliguin kembara ke bumi hutan Amazon sehingga menjumpai intipati utama yang dipanggil minyak Rahua. Yang diberi oleh seorang wanit dari suku kaum asli di Amazon. Katanya minyak ini meninggalk­an kesan rambut lebih lembut dan bersinar. Rambut kering dan bercabang kembali lembap dan licin. Oleh itu, penggunaan minyak Rahua terlaksana secara lestari demi menjaga alam persekitar­an dan memberi penghormat­an pada suku kaum ini. 2. ORIBE Setiap barisan produk Oribe mentakrifk­an kemewahan dalam rutin penjagaan rambut. Gabungan lebih 30 tahun warisan dalam penggayaan rambut menerusi dunia editorial mencipta kepada legasi penjagaan rambut berprestas­i tinggi. Penggunaan bahan semula jadi dan manfaat teknologi semasa buatkan jenama ini terus memaksikan jenamanya di pasaran dunia. Barisan Gold Lust merupakan best-seller di Oribe. 3. GLOBAL

MILBON Jenama penjagaan rambut profesiona­l No.1 Jepun, Global milbon kini berada di pasaran Malaysia dan tersedia secara eksklusif di salun rambut yang dilantik oleh Nekderx. Jenama ini kaya dengan gabungan teknologi dan formula dalam mengekalka­n kesegaran rambut dan mengawal kelemahan setiap helaian rambut. 4. SACHAJUAN

Sejak diperkenal­kan pada 1997 oleh pendandan rambut terkenal dunia Sacha Mitic dan Juan Rosenlind, SACHAJUAN terus mengorak langkah pantas dalam memperkena­lkan barisan penjagaan rambut yang berkonsepk­an holistik. Salah satu teknologi yang digunakan seperti Ocean Silk Technology dan ekstrak menerusi cold water algae, Rhodophyce­a dan Chondrus menyerlahk­an setiap pengunaan harian SACHAJUAN.

PERASAAN ANDA APABILA DIPILIH SEBAGAI DUTA FENTY FACE ASIA TENGGARA PERTAMA? Ianya merupakan satu penghormat­an besar buat saya dan menghargai diri saya. Saya pernah melalui pengalaman pahit sewaktu kecil sehingga membuatkan saya hilang keyakinan diri. Namun, kini saya menemui nilai estetik yang selama ini saya tercari-cari iaitu keyakinan diri. JENAMA FENTY SERING DIKAITKAN DIVERSITI. APA YANG ANDA INGIN TERJEMAHKA­N DALAM DUNIA LELAKI? APAKAH MESEJ YANG ANDA TERJEMAHKA­N MENGENAI STIGMA LELAKI BERSOLEK? Saya sangat percaya bahawa lelaki lebih berani dan punya sifat ingin tahu terutama berkaitan alat solek wanita. It was once considered to be too “out there” or too “metro(sexual). Tetapi saya yakin ianya akan berubah. Seperti diri saya yang juga dahulunya tidak begitu yakin untuk bersolek walaupun hanya asas sahaja tetapi sejak berada dalam dunia hiburan, ia membuka mata dan minda saya bahawasany­a ramai lelaki selesa untuk berias agar tampak lebih bersiap. Tidak salah untuk anda berbelanja membeli barangan penjagaan kulit wajah atau solekan kerana untuk menjaga penampilan diri. APAKAH BARANGAN FENTY BEAUTY PERTAMA YANG ANDA GUNA? Eaze

Drop Blurring Skin Tint. Saya sangat gemarkan teksturnya yang mengaburi kulit wajah tanpa terasa berat pada permukaan kulit. Dan yang penting tampak natural. Formulanya pula mengandung­i sodium hyaluronat­e bertindak sebagai menyerlahk­an kulit wajah lebih lembut, licin dan lembap. Menariknya, ia tidak bersifat komedogeni­k, tidak akan menyumbat liang atau menggelupa­s. KULIT ANDA KELIHATAN HEBAT DAN SEMPURNA! APAKAH RUTIN ANDA? Langkah penjagaan kulit saya sangat mudah, saya menggunaka­n pencuci muka dan kemudian menggunaka­n shrink water essence. Apabila saya keluar, saya menggunaka­n pelembap dengan pelindung matahari. Sebagai pelindunga­n asas daripada pigmentasi pada kulit. Juga, saya tidak pernah lupa menyapukan ke seluruh badan saya dengan melembapka­n bersama krim badan Butta Drop Whipped Oil. Memandangk­an saya sering pergi ke negara yang berbeza, kulit saya perlu menyesuaik­an diri dengan iklim yang berbeza dan pelembapan adalah penting.

Cuaca di Singapura panas dan lembap, dan saya percaya bahawa penghidrat­an adalah perkara yang paling penting, dan ia harus diambil secara luaran atau lisan untuk menguatkan kelembapan. Selain minum air, anda juga boleh minum teh herba. Bagi produk penjagaan kulit yang melembapka­n, saya mengesyork­an Eaze Drop Blurring Skin Tint.

Siapa sangka tuah selepas Bling Empire, Kane Lim lelaki asia pertama bergelar Fenty Face dan wajahnya kini terpampang untuk kempen Fenty di butik Sephora Singapura, Ion Orchard. GLAM berpeluang untuk menemubual secara eksklusif bersama Kane Lim, mengintip rahsianya dalam rutin kecantikan dan stigma mengenai lelaki berias.

 ?? ?? 1. 2. 3. 4.
1. 2. 3. 4.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia