GLAM (Malaysia)

WANGIAN MEWAH PALING DIIDAMI TAHUN INI

Aroma intensif, ramuan ikonik dan bingkisan istimewa buatkan 5 wangian mewah ini menjadi pilihan wanita GLAM.

-

1. CREED Olivier Creed mencipta haruman wanita menerusi Wind Flowers adalah cetusan istimewa aroma bunga-bungaan bersama sentuhan halus woody nougat. Serlahkan inspirasi feminin moden. Nota utama seperti Jasmine, Orange Blossom dan Peach. Koleksi mewah ini boleh dapatkan di butik eksklusiif Creed yang terletak di aras 2, Pavilion Kuala Lumpur. 2. EX NIHILO

EX NIHILO berkonsepk­an wangian personaliz­ed. Untuk koleksi terbaru menerusi Santal Calling mencipta aroma yang menenangka­n jiwa. Ramuan ikonik Sandalwood Album dari Australia adalah taruhan utamanya. Wangian ini mendapat sentuhan ciptaan perfumer Antoine Maisondieu dan berinspira­sikan kota Paris kontempora­ri. Untuk melembutka­n aroma Sandalwood, ramuan seperti Vanila Bourbon dari Madagascar. Wangian mewah kontempora­ri ini boleh dapatkan di butik AMARIS, Suria KLCC. 3. KILIAN PARIS Meraikan ulang tahun ke-15, KILIAN PARIS hadir dengat set eksklusif yang menampilka­n wangian ikonik yang turut digilai oleh

Rihanna. Sejak dilancarka­n pada 2007, KILIAN PARIS mempunyai 34 koleksi wangian uniseks dan semuanya adalah inspirasi Kilian Hennessy. Pilihan yang wajib anda miliki seperti Love Don’t Be shy dan Good Girl Gone Bad. Haruman mewah ini anda boleh dapatkan di butik eksklusif KENS Apothecary.

4. AMOUAGE Diilhamkan oleh daya tarikan penuh kreativiti, integriti dan meninggalk­an kesan pada seni kehidupan. Empat wangian perlu anda tumpukan seperti Opus VWoods Symphony, Opus VII- Reckless Leather, Opus XII- Rose Incense dan Opus XIII- Silver Oud. Yang juga hadir berwajah baharu. Koleksi ini boleh dapatkan di butik kecantikan escentials Malaysia, Suria KlCC.

5. CHLOÉ ATELIER DES FLEURS Setiap wangian di Atelier des Fleurs adalah cetusan ekspresi satu bunga yang asli. Dua wangian baharu sertai koleksi Atelierw des Fleurs iaitu Violette dan Santalum. Kedua-duanya dirumus dengan 100% bahan semula jadi, alkohol semula jadi dan menggunaka­n bahan berkualiti tinggi yang dipilih secara teliti.

 ?? ??
 ?? ?? 1.
1.
 ?? ??
 ?? ?? 3. 4.
3. 4.
 ?? ?? 2.
2.
 ?? ??
 ?? ?? 5.
5.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia