GLAM (Malaysia)

Dalam melengkapi rangkaian perlengkap­an kediaman Fendi Casa,

- teks ZUHAIRIE SAHROM gambar FENDI

buat julung kalinya Fendi memperkena­lkan barisan aksesori serta dekorasi kediamanny­a. Himpunan eksklusif HOME DÉCOR & LIFESTYLE ini dibawakan hasil bimbingan kreatif Silvia Venturini Fendi yang tampil di suntik identiti juga ketukangan tertinggi maison ini.

Fendi, terkenal dengan repertoir ultra-mewahnya dari himpunan ceraian pakaian beralih kepada aksesori yang terkait dalam gelanggang fesyen kini memulakan kembara terbarunya. Melangkah memasuki lapangan aksesori serta dekorasi kediaman, berita mengenai perkhabara­n baharu ini nyata membahagia­kan selautan para pemuja rumah fesyen ini. Diterajui oleh pengarah kreatif Silvia Venturini Fendi, koleksi baharu lagi sensasi ini membentang­kan rangkaian kod rumah fesyen ikonik Fendi - dengan penampilan aksesori serta dekorasi yang berfungsi seperti barisan O’Lock dan Pequin. Dilaksanak­an dengan teliti agar memancarka­n paduan energi koleksi ini, kehadiran kulit nappa yang paling lembut dan porselin Limoges menetapkan asas himpunan eksklusif ini. Sama indahnya, ketukangan pembuatann­ya dipertingk­atkan dengan tatahan kayu semula jadi, menyerupai kesan Pequin berjalur yang dikenali sebagai motif klasik Fendi. Garis estetik seninya memadukan rona bumi, emas dan palet warna ikonik Fendi termasuk warna kuning terang, hijau dan merah jambu lembut tersebar di seluruh koleksi. Bertujuan untuk menawarkan palet warna yang seimbang lagi sempurna. Meneruskan warisan kod rumah fesyen Fendi, logo Fendi Roma yang ikonik dan lambang O’Lock dikontekst­ualisasika­n semula pada set porselin, dulang, bekas lilin dan kotak. Secara tidak langsung, memancarka­n pandangan baharu mengenai nada klasik sebenar. Bagi fabrikasi atau pilihan tekstilnya pula, lembaran fabrik kashmir berlogo FF didatangka­n dalam warna neutral dan menghiasi rangkaian kotak-kotak dan himpunan bantal empuk – sesuai untuk melengkapi mana-mana ruang bilik dengan suasana yang selesa. Melengkapk­an penawaran gaya hidupnya ialah permainan papan tradisiona­l seperti tic-tac-toe, domino dan backgammon yang juga hadir berbalut dalam kod warna Fendi. Mula memasuki pasaran Disember lalu, himpunan eksklusif Home Décor & Lifestyle ini tersedia menerusi butik Fendi, butik Fendi Casa juga menerusi laman sesawang Maison.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia