GLAM (Malaysia)

TINGGALKAN DATO SERI GARAGARA MAHU BELA ANAK IKAN

Kerana mahu hidup YOLO, Datin Anne rela tinggalkan segala-galanya untuk kehidupan yang sederhana. Adakah dia mampu mengekalka­n kehidupan ‘kelestaria­n’ di ceruk kampung semata-mata mahu mengejar cinta barunya?

-

Sudah punya anak empat namun semuanya ditinggalk­an di bawah jagaan bekas suaminya, Dato Seri Zakaria. Datin Anne yang dulunya berprinsip tidak mahu menayang aurat, nampak elok di luaran namun sebenarnya dia punya masalah mental yang maha dahsyat. Terkejut bila melihat jalan yang dipilihnya kini adalah yang paling tidak masuk akal untuk dirinya. Niqab yang menjadi kebanggaan dan turut ‘terbang’ dan dia semakin galak menayang body!

Datin Anne yang Datin X kenali sejak dahulu lebih tenang, tidak mengejar duniawi dan tidak kisah hal kain dalam orang namun mungkin juga pada ketika itu dia berduit kerana masih berada dalam tanggungan suaminya yang berpoket tebal. Oh, kalau anda nak tahu ini bukan suami kedua malah sudah beberapa kali Datin Anne bernikah. Namun sayangnya rumah tangganya tidak kekal lama. Datin X tidak tahu di mana salahnya.

Hujung tahun lalu, Datin Anne menjadi bualan hangat setiap kali socialite KL bertembung. Kata Datin Seri Joan, “Hey, you all tahu tak Datin Anne sudah jatuh miskin!” Terkebil-kebil yang lain mendengarn­ya.

Tak pasti alasan sebenar daripada gossip yang kian liar namun semua dapat lihat di akaun Instagram milik Datin Anne kehidupan ‘sederhana’ yang dipaparnya.

Dari apa yang semua dapat lihat, dia contented dengan kehidupan barunya di

Perlis. Rumah yang bolehlah dikatakan selesa untuk mereka berdua, laki bini. Khabarnya dia sudah bayar sewa RM450 sebulan secara lump sum untuk sepanjang tahun. Setiap hari dia bercucuk tanam, meneman suami berniaga kecil-kecilan, membersih sungai dan pantai di hujung minggu. Ke sana ke mari bersama motor kapcai sahaja. Jadi, belanja harian tidaklah tinggi mana dan jika mereka bahagia siapa kita untuk mempertika­ikannya.

Ada yang berpendapa­t, Datin Anne sedang berlakon bahagia. Maklumlah dia memang seorang pelakon sebelum dia berkahwin dengan ahli perniagaan terhebat KL. “Dia baru je What’sapp I beritahu yang hidupnya sekarang sedang dalam deep s**t dan kalau boleh mahu meminjam wang sedikit untuk dibuat modal,” kata Maryam kepada Datin X. Alahai manusia, apalah yang ada dalam fikirannya. Lain yang dipapar di media sosial lain pula realitinya. Adakah Datin Anne benar-benar bahagia ataupun dia malu untuk mengaku yang perkahwina­n kali ke-7 ini juga merupakan satu kesilapan dan makin sampai ke penghujung?

“I kenal suami barunya itu, satu Universiti dengan I. Memang budak tu tak ada citacita. Pandai cakap tapi bab mencari duit, punyalah liat. Dia memang terkenal dengan perangai ‘makan duit perempuan’ dan ramai juga sudah masuk perangkapn­ya. Jurang umur mereka pula adalah 15 tahun. Jangan disoal yang muda kerana si tua pun merelakann­ya, maka yang muda pun mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang lenang. Buat apa mahu bersusah-susah jika ada yang boleh menyenangk­an, kan?

Tapi bagaimana orang sebijak Datin Anne boleh dibodoh-bodohkan oleh budak kampung seperti Junaidi? Baru-baru ini dia keluar berjumpa business owner untuk bertanya perihal kolaborasi bersama, kembali aktif di media sosial mempromosi­kan segala produk lokal. Tidak kira apa sahaja asal mendatangk­an wang tambahan buat menyara hidup dia dan suami mudanya itu. Melihat kepada kekusutan yang dialaminya dek perbualan kami baru-baru ini, Datin X terpanggil untuk membantu.

Beberapa minggu lalu, Datin X What’sapp Datin Anne untuk bertanya khabar. Tidak disangka-sangka, dia terus bercerita mengenai situasi malang yang menimpanya kini langsung membuka mulut secara detil sambil teresak menahan sebak. Kekangan wang membuatkan dia murung dan jadi tidak boleh fokus dan tak tentu hala. Suami tidak boleh menolong kerana serba serbi kurang arif tentang hal itu dan ini. Mahu tak mahu, Datin Anne sahajalah yang bergolok bergadai demi mencari sesuap nasi buat mereka berdua. Nasib baik anak-anaknya dalam jagaan bekas suami, kalau tidak…

Datin X cuba menyakinka­n untuk dia kembali ke Kuala Lumpur dan fokus kepada membangunk­an semua legasi dan kembali aktif dalam bidang seni memandangn­ya dia seorang pelakon yang hebat satu ketika dahulu. She could make a come back! Rupa ada, body ada. Apa lagi yang dia tunggu di Perlis itu? Ops! Bukan Datin X ingin memperleke­hkan tetapi sebelum Datin Anne hanyut… eloklah kita yang sedar dan waras ini mengingatk­an dia. Alhamdulil­lah, dia setuju! Sesampainy­a Datin Anne di Kuala Lumpur, dia memilih hotel yang dodgy. Datin X hanya datang pick up sahaja, takut untuk turun risau diragut memandangk­an lokasinya agak menggerunk­an. Terdetik di hati mengapa dia memilih tempat menginap di sini dan apakah status kewangan membataska­n keinginann­ya. Sedih melihat dia dulunya yang gah terpaksa hidup sebegini. Apa yang boleh Datin X katakan - kita tidak tahu tahap kesihatan mental seseorang pada ketika ini, jika mampu baik masa, tenaga dan wang, bantulah seadaanya. They will thank you later.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia