GLAM (Malaysia)

Eropah adalah destinasi pelanconga­n yang popular atas pelbagai alasannya. GLAM merekomend­asikan

tiga destinasi pelanconga­n termewah di Eropah ini — Monte-Carlo, Madeira dan Megève.

- teks ZUHAIRIE SAHROM

Madeira tidak terkenal di dunia seperti Monaco, walaupun ia sering dikaitkan dengan tempat kelahiran Cristiano Ronaldo. Tetapi ia sebenarnya agak serupa dengan Monaco dari segi kawasannya yang kecil lagi padat (walaupun tidak sekecil Monaco), dengan garis pantai yang menakjubka­n dan budaya yang kaya. Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini,

Madeira telah menjadi lebih mudah diakses dengan penerbanga­n yang lebih kerap ke sana. Dikenali dengan tumpuan pada perkhidmat­an, layanan mesra di Madeira, dengan kehadiran himpunan hotel lima bintang untuk dipilih. Anda akan berasa seperti berada di syurga pulau terpencil, namun ia cukup besar untuk menikmati pelbagai aktiviti. Terutamany­a bagi mereka yang menyukai alam semula jadi. Madeira juga menawarkan beberapa hidangan makanan yang mengagumka­n untuk sebuah pulau. Sudah tentu, makanan laut menjadi senjatanya, juga menawarkan beberapa restoran Bintang Michelin. Masakan Portugal adalah hebat, tetapi Madeira punya hidanganny­a yang tersendiri.

Monte-Carlo

Monte-Carlo terkenal dengan hotel dan kasinonya yang menakjubka­n, malah mendapat pengiktira­fan Hollywood berkali-kali untuk filem James Bond dan Ocean’s Twelve. Selama lebih seabad, ia telah menjadi destinasi eksklusif di Eropah, seperti yang diperincik­an oleh Monte-Carlo Société des Bains de Mer. Selain kekayaan budayanya, MonteCarlo sebenarnya lebih daripada sekadar himpunan rangkaian hotel mewah - ia terletak di sebelah muka tebing batu yang besar dan laut yang indah. Terdapat unsur kecantikan semula jadi dan pelabuhan dipenuhi dengan superyacht mewah. Jika anda ingin menghadiri beberapa acara berprestij, Monaco menganjurk­an Grand Prix Formula Satu setiap tahun pada penghujung Musim Bunga, dan Casino de Monte-Carlo sesuai untuk rangkaian dan hiburan formal. Terdapat juga bintang muzik terbesar yang datang untuk membuat persembaha­n di pentas intim, balet dan opera hebat seperti Pertunjuka­n Kapal Layar Monaco.

Megève

Dianggap sebagai salah satu pusat peranginan ski paling mewah di dunia, Megève ialah sebuah bandar peranginan yang indah di Perancis. Dengan tasik yang menakjubka­n untuk berenang semasa musim panas dan 260km cerun pada musim sejuk, Megève adalah lokasi hebat untuk musim panas dan musim sejuk. Terdapat banyak hotel bertaraf lima bintang walaupun sebuah bandar kecil, serta perkampung­an gunung yang terpencil. Walaupun ia terletak di Perancis, ia cukup dekat dengan sempadan Switzerlan­d dan Itali yang menghidang­kan pelbagai pilihan gastronomi lagi berkualiti tinggi. Ia juga mengambil masa hanya sejam memandu dari Geneva. Sudah tentu, kereta kabel Rochebrune adalah satu kemestian untuk mendapatka­n pemandanga­n terbaik Alps, dan Musée de Megève ialah sebuah muzium kecil yang boleh membantu meringkask­an sejarah bandar itu. Bagi mereka yang ingin mengeluark­an peluh selain aktiviti ski, Palais des Sports ialah pusat sukan dengan kolam renang, gelanggang ais dan banyak lagi sukan lain untuk dicuba.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia