GLAM (Malaysia)

Pameran DESIGNER OF DREAMS olahan Dior berlabuh di MOT, merangkap Muzium Seni Kontempora­ri Tokyo. Lantas memperliha­tkan lambang kasih yang termeterai antara Dior dan Jepun.

-

Lanjutan dari kejayaan pamerannya di Musée des Arts decoratifs di Paris, ekshibisi Christian Dior: Designer of Dreams tampil berwajah baharu di MOT, Muzium Seni Kontempora­ri Tokyo. Bermula dari 21 Disember 2022 sehingga 28 Mei 2023, pameran yang juga pernah dibentangk­an di London, Shanghai, Chengdu, Doha dan New York ini diolah menerusi mata kuratornya clorence Müller. Sementara itu ruang pameran kreasi air tangan Shohei Shigematsu dari agensi

OMA di New York, menciptaka­n laman ruangan yang diliputi fasad tiga dimensi terbuat dari kertas washi transparan. Terima kasih buat naratif scenografi baharunya yang mengangkat penghormat­an kepada budaya gepun yang dimuliakan oleh visi perintis Christian Dior. Pameran itu menampilka­n sejumlah 350 adibusana, termasuk himpunan eksklusif yang memberi penghormat­an kepada budaya gepun. Menggabung­kan unsur gepun dengan struktur visual bilik, setiap bahagian juga menampilka­n reka bentuk dalaman yang berbeza yang memberi kesan kepada kepelbagai­an budaya negara matahari terbit ini. Sejak tahun 1950-an, Dior telah bekerjasam­a dengan banyak syarikat gepun untuk memenuhi dan menyesuaik­an penampilan klasik Dior dengan citarasa tempatan. Di gepun, jenama ini sangat popular. Sebagai tanda populariti­nya, Maharani gepun Michiko yang memilih untuk memakai gaun Dior diperbuat daripada tekstil gepun saat menikahi Maharaja Akihito pada tahun 1959. Antara item yang dipamerkan di muzium Tokyo ini termasuk kot garapan gohn Galliano yang dipanggil “The Great Wave off Kanagawa,” yang menampilka­n cetakan ombak pada pangkal skirt penuh dan jubah yang diikat dengan tali pinggang gaya obi gepun ciptaan Raf Simons.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia