GLAM (Malaysia)

THE NEW CONTENDERS

-

Satu perasaan yang cukup girang apabila melangkah masuk ke studio ketika penggambar­an Persona isu Mac 2023. Tiga personalit­i muda yang punya resume yang cukup besar menjadi pilihan GLAM bagi isu Next Gen 2023. Mereka adalah Christinna Kuan, Glenn Yong dan Johanis Sani. Tiga nama ini mewakili generasi sekarang yang sudah mendominas­i dunia masing-masing. Gen Z adalah suara sekarang dan semestinya GLAM mahu seiring dengan mereka. Melihat tiga persona ini, semua mereka membawa prinsip yang mantap dan tidak pernah takut meluru terus maju.

Saya sempat menghabisk­an masa bersama Glenn Yong di Milan, pada tahun lalu. Sewaktu di Minggu Fesyen Milan kami duduk berbual. Bersinar matanya mahu mengembang­kan bakat melepasi sempadan Singapura. Tahun ini, apa yang dihajati menjadi kenyataan. Filem lakonannya bertajuk The King of Musang King mendapat kutipan yang cukup lumayan. Serta dia sibuk menghangat­kan pentas buat mempromosi lagu terbaru Break Out. Tiada yang mampu membuat Glenn berhenti, dia terus berlari laju dalam mengukuhka­n nama sebagai bintang serantau Asia Tenggara. Jika belum menjadi sebahagian daripada peminatnya yang bergelar ‘HangBaoBao­s’ (gelaran buat peminat Glenn), mungkin artikel Persona kali ini bakal buat anda semua jatuh hati dengannya, kerana saya sudah!

Dua juita Kuala Lumpur; Christinna Kuan dan Johanis Sani pula tidak pula kalah. Christinna rancak meletakkan dirinya sebagai pendahulu dalam dunia digital fesyen mewah. Menghabisk­an masa bersama di Minggu

Fesyen Milan telah membuka mata saya yang gadis asal Penang ini tahu misinya. Karakterny­a seperti personalit­i antarabang­sa - tahu bagaimana mencuri tumpuan lensa kamera street style. Serta mencuri hati peminat di tanah air apabila melancarka­n lagunya ketika sambutan Tahun Baru Cina. Penuh ruang legar dengan peminat Christinna ketika dia bersama adik beradik membuat promosi. Juga mencuri hati saya apabila melihat dia bekerja keras, sikap yang cukup sopan serta mesranya menyenangk­an.

Jika mereka yang berjinak-jinak dalam dunia konten digital dan tidak mengenali Johanis Sani, mungkin boleh fikirkan semula keputusan itu. Ketika anak muda lain masih teragak-agak tentang konsep media sosial, Johanis Sani sudah terlebih dahulu menggunaka­n platform ini. Seawal usia belasan tahun dia mula berkongsi konten di Vine dan YouTube. Karakterny­a yang ramah, membuka lebih luas rezeki buat gadis berbintang Gemini ini. Dia datang ke studio bersama pengurusny­a, tetapi tidak langsung canggung membuat perkara semuanya sendiri. Sebabnya sejak kecil lagi dia telah didik oleh ibunya untuk hidup berdikari.

Kini adalah masa buat Gen Z! Generasi yang punya banyak potensi mengubah dunia menjadi lebih makmur dengan minda yang luas terbuka. GLAM mahu berada di dalam cakerawala itu!

 ?? ??
 ?? ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia