GLAM (Malaysia)

SEMBANG CANTIK BERSAMA PETER PHILIPS, DIREKTOR KREATIF DAN IMEJ DIOR MAKEUP

-

Perbezaan inovasi di antara primer Dior Forever Glow Veil dan Dior Forever Velvet Veil?

Proses semula jadi yang melalui evolusi semasa. Ia merupakan satu langkah besar buat Dior kerana dua jenis kemasan dalam waktu yang sama serta dalam tekstur yang semua wanita idamkan yakni Glow dan Matte. Untuk memiliki solekan sempurna tanpa bercapuk dan tahan lebih lama, primer melengkapi keseluruha­n rutinnya.

Apakah rekomendas­i anda mengenai cara pemakaian yang betul untuk Dior Forever Glow Veil dan Dior Forever Velvet Veil primer agar bertahan lama sepanjang hari?

Feeling your skin. Setiap produk yang terhadir untuk Dior Forever adalah bersifatka­n semula jadi. Segalanya bergantung kepada kesesuaian diri anda. Terutama jika anda berada di negara yang beriklimka­n tropikal, lembap panas. Dan kulit pula berminyak, saranan saya anda kekalkan kemasan bersinar kerana Glow Primer ini mengunci kesempurna­an kulit untuk 24 jam.

Cara penggunaan Dior Primer, adakah terbaik untuk menggunaka­n

Saya selesa menggunaka­n jari kala membuat aplikasi pada kulit wajah. Terutama kala menyolek wajah model kerana lebih mudah untuk dikawal dan pada masa yang sama, saya boleh melakukan urutan wajah menggunaka­n jari agar teksturnya lebih menyerap dalam.

Pandangan mengenai peranan utama kulit anda?

Getting comfortabl­e in your own skin! Yakin dengan apa jua personalit­i yang anda tampilkan di dunia. Ada sesetengah wanita punya konfiden yang tinggi, sehebat lelaki. Pelbagai cara wanita ingin dapatkan keyakinan diri, ada yang sekadar menyalit gincu merah sudah nampak auranya. Ianya bergantung kepada individu. Seperti contoh, anda ingin mencari bedak asas yang sesuai dengan tona kulit sehingga bertemu dengan warna yang tepat, dan sudah mula sebati dengan kulit anda. Saat itulah anda menjumpai peranannya. Sehingga terlupa yang kesempurna­an itu telahpun dilitupi.

Apakah cabaran kala menambah palet warna dalam skala lebih besar dan bersifat diversiti?

Cabaran kami apabila ingin menghasilk­an warna yang dapat meliputi semua jenis kulit wanita ataupun lelaki di seluruh dunia. Kedua adalah gabungan formula yang boleh mengekalka­n misi kami untuk ketahanan selama 24jam dengan selesa.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia