GLAM (Malaysia)

KHAININA KHALIL

-

BOLEH KONGSIKAN TENTANG RUTIN PENJAGAAN WAJAH TERKINI ANDA? PAGI DAN MALAM... Rutin penjagaan wajah saya pada waktu ini lebih fokus kepada treatment. Ini kerana, wajah saya jenis sensitif dan bermasalah. Jadi, waktu siang saya akan membersih seperti biasa dan hanya menyarung pelembap. Pada sebelah malam, saya menggunaka­n beberapa produk untuk treatment seperti pupur sulfur, exfoliator serum, dan pelembap. SIAPAKAH INSPIRASI DAN IDOLA ANDA DI DALAM DUNIA KECANTIKAN? Saya tidak memiliki idola yang tertentu, namun inspirasi saya ialah semua wanita-wanita cantik yang dilihat di media sosial. Saya suka melihat cara mereka bergambar, bergaya dan bersolek. SEBAGAI SEORANG BEAUTY INFLUENCER, APAKAH ERTI SELF-LOVE PADA ANDA? Self-love bagi saya ialah self acceptance. Terima segala keburukan, kekurangan, ketidaksem­purnaan pada diri kita. Jika kita sudah redha untuk menerima, secara automatik kita akan sayang diri kita seadanya. Nampak macam mudah, tetapi sebenarnya susah bagi semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan. ANDA SERING BERKONGSI INFO TENTANG TEKNIK PERFUME LAYERING, BAGAIMANAK­AH BOLEH TERCETUSNY­A IDEA TEKNIK INI? Saya memang gilakan haruman sejak kecil, saya suka menyembur haruman milik ibu. Idea layering itu datang bila ada pada suatu ketika ini, saya sudah menyarung satu haruman yang saya tidak berapa suka, kemudian saya semburkan haruman yang lain kononnya untuk menyembuny­ikan bauan sebelum itu. Surprising­ly it turned out so nice, dan ketika itu saya mula mengenali terma “perfume layering” ini. Bila saya pergi ke majlis haruman dan menonton video di YouTube, barulah saya sedar akan kewujudann­ya. Daripada situlah saya try & error dengan pelbagai Haruman. BERCAKAP SOAL SOLEKAN... ADA SEBARANG TEKNIK

ATAU TREND SOLEKAN YANG MENJADI KEGEMARAN ANDA SEKARANG? Saya sekarang memang sukakan trend brushed-up brow dan teknik yang diamalkan jurusolek Kylie Jenner iaitu bake undereyes kemudian diadunkan bersama pemerah pipi. Solekan akan menjadi sangat mulus bagai mengenakan teknik airbrush. I’m into minimal but airbrush makeup! AKHIR SEKALI, SEBAGAI SEORANG WANITA, APAKAH MAKNA KEYAKINAN PADA ANDA? Keyakinan pada saya bermakna anda percaya dengan diri sendiri. Selesa dengan diri sendiri. Anda juga mampu memberi peluang kepada diri untuk menjadi lebih kuat. It means power and strength!

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia