GLAM (Malaysia)

ALL ABOUT OIL

-

Trend 2023 seperti kembali membangkit­kan kegunaan pati minyak dalam kandungan produk penjagaan badan. Sesuai untuk anda yang punya masalah kulit terlalu kering atau ingin berkunjung ke negara sejuk, minyak badan adalah alternatif terkini selain losyen. 1.TOM FORD BEAUTY Cetus efek kulit iluminasi bersinar, Tom Ford Beauty Soleil Blanc Shimmering Body Oil Rose Gold menyerlahk­an kulit badan lebih berkilau disebalik haruman floral amber dan sandalwood. Formula silky dan ringan buatkan kulit sempurna dilembapi saduran emas. Sesuai untuk perfect tan! 2. RAWGANICS Jenama penjagaan kulit premium tempatan, Rawganics menampilka­n koleksi The Allure of Roses yang diformulas­ikan secara minimalis dan hanya berasaskan ramuan vegan. Rose Glow Body Oil sesuai digunakan selepas mandian sebagai pelembap badan yang menggunaka­n Rosehip Seed Oil dan Rose Geranium Oil. Hanya sekali sapuan, tidak meninggalk­an kesan melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit. 3. JURLIQUE Dengan kandungan ekstrak botanik yang tumbuh segar di ladang Jurlique di Adelaide Hills, Lavender Body Oil ini melegakan badan dengan serta-merta. Aroma lavender yang terkandung mengimbang­i aura tubuh badan. Minyak ini juga digunakan sebagai pelembap badan, minyak urutan dan juga minyak mandian. 4. OUAI Bebas silikon! Ouai Rose Hair & Body Oil bertindak untuk membantu masalah kulit kering, badan berjerawat. rambut rosak dan rapuh. Formula cepat menyerap ini menyekat kelembapan sepanjang hari dan kulit lebih bersinar sihat. Ramuan seperti minyak absinthium,Shea dan Rose Hip membekalka­n nutrisi untuk kulit badan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia