GLAM (Malaysia)

WANGIAN IKONIK

Wangian Louis Vuitton X Yayoi Kusama mencipta satu infiniti di luar jangkaan. Gabungan dua elemen antara keunikan aroma dan seni motif cetus legasi serba ikonik.

- teks JULIA AZMAN gambar LOUIS VUITTON

Bermula sekadar dialog ringkas antara Louis Vuitton dan Yayoi Kusama pada 2012, kini tiga wangian ikonik Les Parfums diinterpre­stasikan oleh artis Jepun kegemaran dunia ini.

Ilham motif ikoniknya menyelubun­gi ruang sepenuhnya. Kolaborasi istimewa ini muncul dalam dua peringkat berbeza. Ini merupakan rentak gaya motivasi Yayoi Kusama dengan arah tematik yang berbeza. Tiga wangian ikonik seperti Attrape-Rêves, Spell On You dan L’ Immensité yang dipilih oleh pakar wangian Jacques Cavallier Belletrud didedikasi­kan khas untuk kolaborasi ini. Koleksi pertama berinspira­sikan Painted Dots,

Infinity Dots yakni meraikan kolaborasi dan persahabat­an antara Yayoi Kusama dan Louis Vuitton. Tema utama koleksi pertama ini adalah berilhamka­n corak pada permukaan Louis Vuitton Trunk yang dilukis dengan tangan pada 2012. Haruman ikonik ini dihiasi dengan Painted Dots yang menyeronok­kan dan bersemanga­t dengan kemasan unik serta padanan warna sempurna. L’Immensité pula dihiasi dengan warna gradasi hitam, perak, kelabu dan putih. Koleksi pertama ini berada di pasaran bermula 6 Januari 2023.

The Painted Dots berubah menjadi motif berlainan iaitu Infinity Dots. Corak titik berulang ini telah menjadi signature Yayoi Kusama dari semasa ke semasa dan digunakan dalam warna merah dan putih seperti yang ditonjolka­n untuk Spell On You. Koleksi pertama ini berada di pasaran bermula 6 Januari 2023.

Koleksi kedua adalah obsesi Yayoi Kusama terhadap bunga, wajah dan labu. Tema ini kerap digunakan dalam karya seni hidupnya. Hadir dalam pelbagai bentuk seperti lukisan,serigrafi,arca dan pemasangan. Seperti Spell On You, aromanya terserlah nota bunga sensual yang membawa kepada sentuhan feminin. Cetakan halus untuk Travel Case dan botol besar Spell On You dicipta oleh pereka Marc Newson dalam kaca Baccarat. Yayoi dan Louis Vuitton bersama memilih karakter khas daripada hasil lukisannya terkini untuk mencipta corak eksklusif. Lakaran wajah senyuman dan jenaka dicetak di atas botol AttrapeRêv­es dalam kombinasi warna. Motif labu ialah kegemaran Yayoi sejak zaman kecilnya. Dalam pelbagai warna terang, labu disapu di atas haruman maskulin L’Immensité dengan permainan grafik. Cetakan yang menggembir­akan juga muncul pada Boîte Chapeau Flaconnier, kotak kanvas Monogram yang luar biasa dan halus yang menyimpan keseluruha­n koleksi pertama dan kedua. Koleksi kedua ini berada di pasaran bermula 31 March 2023.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia