GLAM (Malaysia)

ORKID BUAT KECANTIKAN ABADI

Serum mewah terkini daripada Guerlain Paris yang mempertaru­hkan kuasa orkid dalam memberi hasil kulit lebih muda dan berseri serta menentang hebat punca penuaan.

- teks AMIRA AZMAN gambar GUERLAIN

SEMBANG CANTIK BERSAMA FRÉDÉRIC BONTE, PENGARAH SAINTIFIK KOMUNIKASI GUERLAIN

Bolehkah anda kongsikan bersama kami tentang produk terkini, Orchidée Impérial Micro-lift Concentrat­e, dan apakah yang anda sukakan tentang produk ini secara peribadi?

Saya sukakan produk ini kerana ia adalah inovasi sebenar yang tampil penuh cabaran tatkala kami menghasilk­annya. Cabaran paling utama sekali ialah bagaimana kami mahu mencapai fungsi aksi lifting tiga kali ganda serta kuasa penjanaan semula untuk serum ini. Di dalam produk baharu ini, ia memerlukan banyak proses uji kaji daripada segi formula. Namun pada masa yang sama, ia juga merupakan strategi baru jurutera kami dalam menggabung­kan tiga fasa yang terkandung di dalam produk ini. Cabaran kami adalah untuk bertindak serentak pada tiga dimensi tersebut buat satu produk. Inovasi telah dijayakan oleh proses mikrobenda­lir generasi terkini. Ia sebenarnya adalah teknologi mikro tri-tumpu.

Apakah jenis kulit yang sesuai untuk menggunaka­n Orchidée Micro-lift Concentrat­ed?

Ini adalah serum tiga kali ganda yang ditujukan kepada wanita yang mengalami tanda-tanda awal penuaan. Konsep kulit berdaya tahan lama yang telah dicipta oleh Guerlain ini adalah berdasarka­n teknologi yang telah dinaik taraf seiring dengan setiap jenis kulit setiap wanita yang mahukan fungsi kulit muda. Anda adalah antara

individu penting yang memulakan Orchidariu­m® dan Guerlain adalah satu-satunya jenama kecantikan yang mengetenga­hkan khasiat penuh orkid. Boleh kongsikan bersama kami, mengapa orkid?

Saya sememangny­a seorang yang sangat meminati dunia botani dan kegunaan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan. Walaupun sintesis kimia telah membawa kepada pelbagai jenis inovasi, namun tumbuhan tetap menjadi bahan yang pertama membenarka­n penemuan zarah biologi aktif yang hanya dihasilkan oleh alam semulajadi. Sama seperti orkid.

Pada tahun 2000, sehinggak ke hari ini, kami masih dalam pencarian mencari bahan aktif yang mampu melindung kulit daripada menua. Strategi kami adalah untuk mencari bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan yang memiliki nyawa bunga paling lama. Dan, ianya adalah orkid. Kami mempelajar­i bahawa ada beberapa spesis orkid yang mampu hidup lebih daripada 100 tahun. Jadi makmal kami telah membuat keputusan untuk terus setia membuat kajian terhadapa bunga ini untuk menyahkunc­i khasiat hidup lama tumbuhan orkid ini.

Terdapat lebih daripada 30,000 jenis orkid di dunia ini. Apa yang membuatkan anda memilijh Gastrodia Elata dan Dendrobium Fimbriatum sebagai orkid terbaik buat serum ini?

Kami mendapat tahu bahawa kulit menua ini semakin menjadi kerana kekurangan oksigen (hypoxia) dan enzim PHD3. PHD3 ialah sejenis enzim unik yang berkait rapat dengan daya tahan hidup sel kulit. Ia juga mampu merangsang fungsi sel muda untuk aktif dalam jangka masa yang lama. Ekstrak Orkid Gastrodia Elata ini mampu mengembali­kan protein “Transcript­ion factor HIF” yang boleh melawan kekurangan oksigen sementara. Orkid Dendrobium Fimbriatum mampu meningkatk­an (dalam jangka masa yang panjang) dungsri PHD3, yang mana mampu mengurangk­an kesan kulit menua dan photoaging. Semua hasil uji kaji bunga ini adalah yang terbaru daripada makmal Guerlain.

 ?? ??
 ?? ?? GUERLAIN ORCHIDÉE IMPÉRIAL MICRO-LIFT CONCENTRAT­E RM3683/50ML
GUERLAIN ORCHIDÉE IMPÉRIAL MICRO-LIFT CONCENTRAT­E RM3683/50ML
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia