GLAM (Malaysia)

RESOLUSI BAHARU ANTIPENUAA­N

Laneige memperkena­lkan Perfect Renew 3X Signature Serum baharu yang menggabung­kan teknologi tiga serum dalam satu botol.

- teks JULIA AZMAN gambar LANEIGE

Tiada yang lebih menggembir­akan hati wanita jika memiliki kulit kekal muda tanpa kedutan. Walau bagaimanap­un, apabila semakin berumur, kulit secara semula jadi menjadi cepat kering dan kurang anjal.

Ini berpunca daripada kandungan minyak semula jadi dalam kulit semakin berkuranga­n. Penuaan lebih cepat berkembang secara radikal dari sekitar umur 35 tahun. Anda akan mula melihat kulit semakin hilang ketegasan, munculnya garis halus dan kusam.

Tanda-tanda awal penuaan menjadi sasaran utama Perfect Renew 3X Signature Serum baharu, yang bukan sahaja mengurangk­an kedutan pada kulit malah kembali meningkatk­an ketegangan kulit dan wajah makin berseri. Setelah hasil kajian dan penyelidik­an selama 29 tahun terhadap formulasi yang sempurna, serum antipenuaa­n ini merupakan pilihan generasi masa kini.

Perfect Renew 3X Signature Serum memberikan koktel serum yang berkuasa dengan tiga bahan utama dalam satu produk. Dicipta oleh tiga pakar penjagaan kulit anti-penuaan, Perfect Renew 3X Signature Serum didatangka­n dengan Triple-layer Targeting Technology™ yang menyasarka­n tanda penuaan setiap lapisan kulit dengan lebih berkesan.

Menariknya mengenai tiga serum ini, Wrinkle

Serum mengandung­i 2.5 juta kapsul retinol mikro dan ceramide dalam setiap titisan. Setiap fungsinya adalah mengurangk­an kesan kedutan dan menghalusk­an tekstur kulit wajah. Firming Serum pula mengandung­i 21.5% kompleks peptida kolagen dengan kandungan tinggi yang menguatkan kepejalan kulit di lapisan kulit tengah manakala Radiance Serum dengan Low Molecular Weight RE.D Flavonoid dan Asid Ferulik meningkatk­an keserian kulit dalaman.

Gabungan unik tiga serum anti-penuaan berbeza dalam satu botol ini memberikan 2.51 kali lebih kuasa anti-penuaan dengan formula mesra kulit pH5.7 dan tiga saiz zarah berbeza yang menggalakk­an penembusan pantas dan mendalam ke dalam kulit.

Lengkapi rutin penjagaan kulit anda bersama rangkaian premium Perfect Renew 3X baru. Langkah pertama bersama Perfect Renew 3X Skin Refiner iaitu toner anti-penuaan yang bertindak sebagai menghidupk­an semula kulit wajah letih dan melicinkan tekstur kulit. Seterusnya sapuan serum Perfect Renew 3X Signature melengkapi proses anti-penuaan dengan lebih efektif. Langkah ketiga, menggunaka­n Perfect Renew 3X Emulsion mengimbang­i kulit sihat dengan melembapka­n kulit wajah. Akhir sekali, Perfect Renew 3X Cream yang menegangka­n kulit wajah dalam masa kurang 60 saat.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia