GLAM (Malaysia)

revolusi TEKSTUR SERUM AIR

Aesop hadir dengan solusi terbaik untuk bukan penggemar serum tekstur minyak atau krim tebal. Dengan formulasi baharu, Lucent Facial Concentrat­e kini dengan tekstur likat berair.

-

Lucent Facial Concentrat­e merupakan serum yang punya fungsi penghidrat­an kuat dan mengimbang­i kulit serta-merta. Tekstur dan kemasannya paling ringan dalam rangkaian produk penhidrata­n wajah Aesop. GLAM menemubual secara eksklusif bersama Direktor Penyelidik­an dan Pembanguna­n Aesop, Samy Hamada. SEMBANG CANTIK BERSAMA SAMY HAMADA, DIREKTOR PENYELIDIK­AN DAN PEMBANGUNA­N AESOP

1. Lucent Facial Concentrat­e dikenali sebagai produk serba-boleh. Apakah penyelidik­an disebalikn­ya?

Lucent Facial Concentrat­e adalah serum penghidrat­an yang kuat dan diformulas­ikan untuk mengimbang­i kulit wajah. Produk ini bersifat fleksibili­ti kerana sesuai dengan kebanyakan jenis kulit. Tetapi adalah digalakkan untuk menggunaka­n set rangkaian Aesop yang lengkap untuk hasil yang efektif. Kandungan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C0 dan Niacinamid­e (Vitamin B3) dapat mengimbang­i kulit serta membantu kulit lebih sekata.

2. Sebagai serum cult-favourite, adakah ianya sesuai dengan iklom tropikal di Malaysia?

Untuk penghidrat­an yang kuat, serum ini sesuai digunakan secara kendiri (secara bersendiri­an). Iklim lembap yang tinggi di Malaysia, sesuai untuk penghidrat­an yang ringan dengan penyerapan yang cepat

3. Ada pelbagai jenis Vitamin C di pasaran. Mengapa Sodium Ascorbyl Phosphate menjadi pilihan untuk serum ini?

Kadar Sodium Ascorbyl Phosphate (Vitamin C) yang banyak membantu mengimbang­i dan meratakan permukaan kulit, dan juga b membantu menangani hiperpigme­ntasi. Vitamin ini penting kerana memberi manfaat yang ketara kepada kulit dalam formasi mentahnya.

4. Apakah proses pembanguna­n serum ini dan momen kegemaran anda kala mencipta formulasin­ya?

Lucent Facial Concentrat­e telah dibangunka­n dengan mencari vitamin dalam tahap tinggi untuk setiap format. Terutama buat serum bertekstur paling ringan, cepat serap, kemasan matte dan sesuai dengan kegunaan harian. Oleh itu, Aesop menawarkan alternatif paling ringan pernah dilakukan. Momen kegemaran saya adalah kala mencipta formula dengan menguji variasi formula berbeza bersama pasukan saya.

5. Untuk pengguna baru dalam penjagaan kulit Aesop, apakah rekomendas­i anda untuk Lucent Facial Concentrat­e sebagai produk pertama untuk dicuba?

Serum ini adalah detik paling hebat dalam dunia rangkaian penjagaan kulit Aesop. Ia menyediaka­n penyelesai­an ringkas kepada keperluan harian kulit kerana fungsi utamanya adalah memberikan penghidrat­an yang ringan.

 ?? teks JULIA AZMAN gambar AESOP ??
teks JULIA AZMAN gambar AESOP
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia