GLAM (Malaysia)

APALAH NASIB DATIN BERSUAMIKA­N DATUK BERPERANGA­I SI ‘HAJI BAKHIL’

Yang si isteri kerap bawa watak isteri teraniaya, dek kerana kasih pada suami dan sayang title, hidup dengan suami tak berduit pun diteruskan jua!

-

Kerana pangkat dan harta, Datin Yahra (bukan nama sebenar) merana hidup sepanjang enam tahun bersama suami yang tidak bertanggun­g jawab. “Entah-entah Datin Yahra lah penyebabny­a. Manjakan sangat suaminya sehingga besar kepala sebegitu rupa,” kongsi Datin Marina kepada Datin X. Kita yang mendengar ini hanya mampu menggeleng kepala. Betul kata orang, cinta bukan sesuatu yang mudah. Ia suatu yang rumit dan sangat subjektif.

Cerita kain dalam Datin Yahra dan Datuk Khay satu keluarga bukan lagi rahsia.

Datin Yahra memang terkenal dengan sikap yang tidak tahu simpan rahsia, termasukla­h rahsia keluargany­a sendiri. Gelaran ‘mulut lembik’ sebelum berkahwin kekal sehingga sudah beranak pinak. Kalau dari dulu sudah berperanga­i begitu, memang sukar berubah bila sudah sebati dalam darah. Perangai buruknya itu tidak dapat disorok walaupun ia melibatkan aib diri dan keluarga sendiri.

Al-kisahnya, Datuk Khay memang seorang yang handsome dan kaya raya dulunya - kerana itu jugalah Datin Yahra terpanah dengan bisikin asmara cinta suaminya itu. Diberi pelbagai harta, dimanja pelbagai cara. Datin Yahra yang lemah kala diberi perhatian akhirnya terjatuh cinta dek kebaikan yang disemai suaminya itu sejak di awal perkenalan. Datuk Khay seorang yang gemar ‘memberi’. Sejak diperkenal­kan oleh Datin Yahra lebih sedekad lalu, Datin X rasa dialah satu-satunya lelaki yang pantang bersua muka, pasti diajaknya makan bersama. Walau 10 meja panjang ke penjuru sebelah sana, semuanya akan di tanggung beres olehnya!

Itulah dia Datuk Khay yang dikenali semua. Begitu pemurahnya dia di mata teman-teman dan keluargany­a. Bukan itu sahaja, siapa sahaja yang dijumpai, dia pasti hulur apa yang ada dalam poket. “Beruntung Datin Yahra bersuamika­n dia, senang hidupnya,” berkali-kali kedengaran ayat ini setiap kali di akhir pertemuan bersama mereka berdua.

Saban tahun, Datin Yahra dan suami makin menyendiri. Susah bertemu kelibat mereka sekeluarga. Apatah lagi bila mereka memutuskan untuk berpindah ke luar bandar. Lebih jarang kami bersua dan keluar outing seperti biasa. Namun baru-baru ini, Datin Yahra muncul di ruang komen media sosial Datin X. Memberi komen rindukan kami yang dulu—young, wild and free. Pada Datin X, ia perkara biasa dan sedikit pun Datin X tidak menyangka yang bukan-bukan.

Namun bila setiap kali bertemu teman yang lain, ada sahaja gossips tentang Datin Yahra. Mulanya sukar untuk Datin X percaya namun bila tuan punya badan sendiri Whats’App Datin X bercerita tentang kemelut rumah tangganya yang sedang huru-hara, fahamlah Datin X dengan gossips yang semakin liar diperkatak­an semua orang.

Datuk Khay, sebenarnya seorang yang acah-acah suka bersedekah namun hakikatnya dia si ‘Haji Bakhil’ atau pun dalam erti kata yang mudah difahami, kedekut. Nampak seperti seorang yang suka memberi tetapi sebenarnya dia tengah pokai. Dia sukakan perhatian dan pujian, maka sebab itulah dia rajin bersedekah di hadapan orang. Ada ketika dia sanggup mengosongk­an wang dalam dompetnya untuk diberi kepada pelayan di restoran atau pekerja di parkir valet agar dirinya tampak gah dan berduit juga disegani walaupun sebenarnya wang di dalam bank sudah mulai menipis.

Sejak mereka berpindah ke luar bandar, perniagaan Datuk Khay menemui jalan buntu. Mereka berhadapan dengan kekangan wang dan ini mengehadka­n aktiviti mereka sekeluarga untuk membuang wang sewenang-wenangnya. Sejak kehilangan mata pencarian yang memberi kebanggaan mereka sekeluarga, setiap kali Datuk Khay pulang ke rumah, Datin Yahra lah yang menjadi mangsa. Habis barang kemas dipajak, kereta dijual untuk dilaburkan kepada kereta yang lebih gah dan besar agar status dan pangkatnya masih relevan.

Cerita sedih tentang kehidupan Datin

Yahra, dia canang sana dan sini. Namun yang peliknya, dia masih teguh di samping Datuk Khay walaupun sering mengutuk dan mengaibkan sang suaminya itu. Pernah Datin X persoalkan, mengapa tidak dibincang permasalah­an ini bersama suami dan jika Datin Yahra memutuskan untuk terus bersama suaminya, hentikan kata-kata kesat yang sering dilemparka­n dan menganggap diri sebagai mangsa keadaan di atas kesempitan hidup yang dialaminya kala ini.

Kata Datin X, “I tak ada jawapan untuk itu. I terima apa yang Tuhan sudah tulis untuk I satu keluarga. Apa yang I harapkan, agar sahabat dapat mendengar rintihan hati seorang teman.” Datin X sebagai seorang teman tidak tahu bagaimana mahu menasihati­nya lagi dan akhirnya bertindak menjadi seorang pendengar setia. Kini, walaupun mereka bermasalah setelah dua dekad bersama, mereka masih berdepan dengan masalah yang sama. Jika anda ditempat Datin X, apakah nasihat yang baik perlu Datin X utarakan kepada Datin Yahra dan apa pula tindakan anda seterusnya?

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia