GLAM (Malaysia)

KECANTIKAN YANG SEBENAR DI MATA…

-

Sebelum saya jatuh hati dgn fesyen, saya terlebih dahulu cintakan dunia peragaan. Sebelum saya tahu membaca pun saya hanya menyelak majalah di rumah milik mama dan nenek dan terpana dengan lembaran fesyen. Dahulu saya melihat peragawati ini adalah orang yang paling sempurna. Hidung terletak, mata cantik, pipinya tinggi dan kelangsing­an tubuh badan itu menjadi buruan semua. Satu-satu nama supermodel saya pelajari dan amati sejarah mereka. Apabila sudah tahu bermain komputer, saya ambil tahu tentang siapa itu supermodel. Kisah sejarah kemunculan Twiggy, perubahan trend yang dibawa Kate Moss sehingga kebangkita­n Du Juan. Obsesi saya pada dunia peragaan membawa saya untuk jatuh cinta dengan fesyen.

Peragawati adalah the unsung heroes dalam dunia fesyen. Mungkin yang tidak kerja dalam dunia ini melihat mereka ini sebagai hanya seorang manusia yang memperagak­an baju di pentas atau bergambar cantik di dalam majalah. Tetapi, peragawati juga mempunyai nilai yang tinggi. Ketika sesi rakam Profil bersama Merlissa Zainal (muka surat 116) dia berkata yang orang di Malaysia masih tidak menganggap kerja sebagai peragawati ini satu profession­al. Dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkecimpu­ng dalam arena peragaan dan telah membawanya terbang ke serantau Asia sebagai seorang peragawati. “Jika malas, jangan jadi model,” ujar Merlissa tegas. Saya bersetuju, kerana peragawati perlu berstamina tinggi dengan sesi latihan peragaan yang bermula seawal 6 pagi dan kadang kala ada kerja penggambar­an habis lewat malam.

Isu kali ini, GLAM mahu dedikasika­n kepada peragawati tanah air. Apabila melihat Amber Chia (muka surat 104) beraksi buat Stail, saya cukup bangga dengan kepelbagai­an yang ada dalam dunia peragaan Malaysia. Wajah cina mulus Amber ini pernah menang Guess Watches Timeless Beauty Internatio­nal Model Search 2004. Siapa sangka, gadis yang membesar di Tawau mampu menangkap perhatian jenama antarabang­sa. Baton tidak berhenti disitu. Sebab kini ramai peragawati lokal sudah mula memberanik­an diri membina kerjaya di luar negara. Atikah Karim selesa menjadikan New York sebagai lokasi utamanya dan resumenya hebat dengan jenama antarabang­sa seperti Max Mara. Ini adalah contoh terbaik peragawati lokal yang menjadikan dunia peragaan sebagai satu kerjaya dan bukan sekadar hobi kosong.

Dunia peragaan kini lebih terbuka. Tidak lagi hanya buat satu bentuk cantik sahaja. Kecantikan kini lebih banyak definasiny­a. Maka, kita yang berilmu ini perlulah bijak menelaah. Buat para gadis yang rasa dirinya mempunyai potensi, usah gentar untuk melangkah dalam dunia peragaan. Bawanya dengan hati yang kental kerana bukan semua pintu boleh dibuka dengan senyuman manis sahaja. Peragawati kini perlu berkarakte­r, itu yang mampu membezakan kamu dengan gadis-gadis lain.

Dalam kesempatan bulan April ini, GLAM mahu ucapkan salam lebaran buat mereka yang menyambutn­ya. Semoga kemuliaan bulan Ramadan yang kita lalui itu terus memberi sinar sehingga Syawal.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia