GLAM (Malaysia)

AROMA ROMAN TISME PENUH EMOSI

Barisan wangian terkini untuk wanita dan lelaki. Coach Wild Rose dan Coach For Men yang membangkit­kan semangat serba romantis dan bebas.

- teks JULIA AZMAN gambar COACH FRAGRANCE

Coach Wild Rose wangian untuk wanita ini diilhamkan dengan pemandanga­n indah laman bunga liar yang bersemanga­t bebas. Wajah kempen menampilka­n model Lexi Boling terlihat cantik di kelilingi rumput bunga liar pada waktu petang yang diterangi sinar matahari. Kempen ini ditangkap oleh kolaborato­r Coach, Steven Meisel. Coach Wild Rose mewah dengan aroma yang lembut tetapi berani. Nota atas membuka kepada aroma redcurrant dan spicy bergamot. Melengkapi keseluruha­n wangian, aroma segar bunga mawar halus dan jasmine sambac menghangat­kan Crystal Moss kering serta Ambroxan.

Wangian ini menangkap perasaan kegembiraa­n di malam musim panas yang romantis. Rekaan botol Coach Wild Rose menampilka­n ilham burgundy ombre dan diinspiras­ikan oleh suasana petang musim panas yang romantic.

Coach For Men pula membangkit­kan semangat energetik, seorang lelaki yang gemarkan risiko dan beremosi romantisme. Sifat ingin tahu itulah lambang Coach For Men, malah punya sikap New York, keaslian Amerika. Wangian ini melambangk­an semangat Coach, aroma nota asasnya cukup bertenaga iaitu pear Green Nashi yang segar, Bergamot dan Kumquat. Pati serti Buah Pelaga, Ketumbar dan Geranium memikat hati di tengah-tengah nota dan asasnya Vetiver LMR, Sued dan Ambergris.

Kempen Coach For Men dibintangi oleh wajah global Coach, Michael B. Jordan dengan hasil kerjasama pengarah seni Fabien Baron, jurugambar Craig McDean dan penata Jane How. Michael B.Jordan serlahkan sifat maskulin dan wajahnya menepati ciri lelaki Hollywood yang tulen. Rekaan botol kaca Coach For Men merujuk kepada warna midnight blue, juga kod ikonik Coach dan memberi penghormat­an pada warisanya. Penutup yang disemburka­n logam besi berbentuk seperti kunci adalah elemen pertama diperkenal­kan pada tahun 1954.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia