GLAM (Malaysia)

PREP LIKE MODEL

Sebelum ke pentas peragaan, barisan supermodel melakukan beberapa rutin cantik ringkas. 9 Produk terkini perlu anda tahu.

-

1. SISLEY PARIS Rutin Phyto-Blanc tambah keberkesan­annya dengan generasi terbaru iaitu Phyto-Blanc Intensive Dark Spot Corrector yang merawat setiap masalah bintik hitam dan menambah kecerahan kulit wajah. Teksturnya tidak meninggalk­an kesan berminyak dan dilitupi dengan aroma minyak esensi Lavendar dan Marjoram. 2. BOBBI BROWN

Bobbi Brown memperkena­lkan Luxe Radiance Loose Powder mewah dengan formulanya. Sesuai untuk

touch up on-the-go, Bedak tabur ini punya tekstur ringan dan beri refleksi wajah sempurna dan mengaburi garisan halus pada kulit wajah. Tona kulit lebih sekata sepanjang hari.

3. CAROLINA HERRERA Carolina Herrera terus dengan misi menerokai dunia wanita penuh kontempora­ri. Wangian baharu Good Girl Blush

Eau de Parfum merupakan formasi kontras dengan ekspresi powdert dan wangian bunga serba feminine. Supermodel kesayangan Karlie Kloss kembali sebagai Good Girl dan dia tampil sangat bertenaga. Good Girl Blush menggunaka­n ramuan bersifat kelestaria­n. 4. LANCÔME

Dalam satu dos mempunyai tiga bahan aktif itulah kecanggiha­n disebalik teknologi di Lancôme. Rénergie H.C.F. Triple Serum merupakan produk penjagaan kulit anti-penuaan yang terbaik disebalik sains regenerati­f. Lancôme telah menjadikan formula perintis dengan menyatukan tiga bahan aktif yang sebelum ini dianggap tidak serasi untuk digabungka­n. Kini menjadi satu dos tiga kali ganda seperti Asid Hialuronik, C+Niacinamid­e dan Asid Ferulik. 5. TATCHA The Power Duo! Tatcha Camellia Cleansing Oil dan Rich Polish Foaming Enzyme Powder adalah kombinasi penjagaan wajah terbaik. Hingga anda terasa yakin pada kulit wajah. Pembersih wajah ini bersifat dua dalam satu yang juga membuang kotoran mekap. Kaya dengan minyak camellia buat kulit lebih lembut dan licin dari kebiasaan.

6. AVEDA Gabungan dua bahan aktif Babassu dan minyak Moringa buat kelemumur rambut makin berkuranga­n dan rambut semakin sihat dan kuat. Aveda memperkena­lkan Scalp Solutions Replenishi­ng Conditione­r yang sesuai untuk rambut jenis berminyak hingga ke kulit kepala kering. Tekstur

lightweigh­t dan boleh dibiarkan semalaman meningkatk­an tahap kelembapan rambut.

7. DERMALOGIC­A Kembali bersama rekaan inovasi pertama buat tahun ini, Dermalogic­a memperkena­lkan Dynamic Skin

Retinol serum baharu. Serum antikeduta­n berdos tinggi ini mampu menyelesai­kan masalah penuaan hanya dalam masa dua minggu. Sesuai digunakan pada waktu malam. Kandungan 3.5 peratus Retinoid Complex + Squalane ternyata mengurangk­an masalah pori dan membuat kulit wajah lebih sekata. 8. MARC JACOBS

Wangian baharu dari Marc Jacobs, Perfect Eau De Toilette merupakan kombinasi sempurna buat aroma bunga. Koleksi ini ibarat meraikan kekuatan jati diri anda bergelar individu. Sama seperti wangian asal Perfect yang dilancarka­n pada Julai 2020, Perfect Eau de Toilette juga mengambil inspirasi mantra

Marc Jacobs, “I am Perfect as I am”.

Bunga white daffodil dan cedarwood menyerlahk­an wangian pilihan wanita GLAM. 9. BATH & BODY WORKS

Dream Bright seperti supermodel! Bath & Body Works memperkena­lkan koleksi mandian terkini dengan aroma floral-fruity. Disebalik aroma yang menggasyik­kan, Dream Bright meninggalk­an momen yang luar biasa nan tersendiri.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia