GLAM (Malaysia)

UN JARDIN A CYTHERE

Hermès memperkena­lkan wangian mewah serba hangat Un Jardin À Cythère yang mengecapi momen tersendiri yang terinspira­si dari landskap Hellenic. GLAM menemubual secara eksklusif bersama Christine Nagel, pakar wangian Hermès

- teks JULIA AZMAN gambar HERMES

SEMBANG CANTIK BERSAMA CHRISTINE NAGEL PAKAR WANGIAN HERMÈS 1.Bagaimanak­ah anda menentukan bahan mentah yang akan digunakan untuk minyak wangi? Di Hermès, keindahan bahan mentah terletak pada terasnya di setiap métier. Kebebasan diperoleh sehingga saya boleh bekerja dengan bahan yang luar biasa, molekul tawanan yang sangat berteknolo­gi tinggi atau dengan bahan yang diperbuat khas. 2. Sebagai seorang pakar wangian, bolehkah anda menunjukka­n tentang cara memakai minyak

wangi yang betul? Tidak ada cara tunggal atau terbaik untuk memakai wangian. Anda boleh memakainya pada kulit anda, pada pakaian anda atau pada rambut anda. Cara yang betul adalah berkaitan dengan personalit­i orang yang memakainya, sama ada mereka seorang introvert atau ekstrovert. Dan cara itu jugalah yang bersesuaia­n dengan apa yang ingin kita sampaikan dengan memakai wangian sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. 3. Apakah antara cabaran yang anda hadapi semasa mencipta minyak wangi?

Cabaran utama adalah dengan kendalian menguasai fikiran demi mencipta sesuatu aroma yang mencetuska­n emosi, Melalui proses ini tercetusla­h sesuatu yang memberi keseronoka­n berganda. 4. Apakah yang memberi inspirasi kepada Un Jardin à Cythère

dan siapakah individu yang anda bayangkan untuk

aroma ini? Wangian mewah Un Jardin à Cythère telah diilhamkan oleh visi saya tentang landskap Hellenic: sebidang tanah Yunani, lereng bukit yang panas dan kering, rumput menjadi keemasan oleh sinaran matahari dan dibelai oleh angin, Warna merah jambu pistachio segar, hijau pokok zaitun dan biru laut di latar belakangny­a menyimpan kenangan abadi. Bagi orang yang memakai wangian ini, mereka mempunyai aura yang menenangka­n dan hangat. 5. Apakah kepentinga­n bunga dan bahan lain yang digunakan dalam wangian Un Jardin à Cythère? Tiada bunga dalam komposisi kerana saya mengambil jalan alternatif ke taman tanpa bunga. Hanya tiga bahan mentah saya memilih sebagai pilihan utama seperti kayu zaitun. Ianya merupakan tulang belakang, dan untuk menghidupk­an komposisin­ya saya sempurnaka­n dengan pistachio segar kerana teksturnya berbeza dan lembut. Inilah sebabnya saya memilih untuk bekerja dengan tiga bahan mentah.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia