GLAM (Malaysia)

SEPETANG DI SEKINCHAN

GLAM menikmati pengalaman perkelahan unik oleh Ninja Private Kitchen yang berlatarka­n keindahan sawah padi di Sekinchan, Selangor Darul Ehsan.

-

Berkunjung ke Sekinchan yang hanya berada kurang dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur kini menjadi aktiviti hujung minggu yang wajib buat warga ibu kota. Bersama keluarga mahupun rakan-rakan, Sekinchan menjadi destinasi pilihan untuk lawatan balik hari yang menjanjika­n keindahan panorama dan keunikan tersendiri, jauh dari kesesakan ibu kota.

Berlatakan keindahan jelapang sawah padi, GLAM tidak melepaskan peluang untuk menjalanka­n penggambar­an serta menikmati pengalaman perkelahan unik oleh Ninja Private Kitchen. Terletak di lokasi rahsia, ia merupakan pengalaman budaya gastronomi persendiri­an yang berlatarka­n keindahan alam semulajadi Sekinchan. Lebih-lebih lagi ketika momen matahari terbenam yang cukup magis.

Pasti ramai yang sudah pernah melihat foto-foto yang dikongsika­n oleh barisan selebriti lokal di Instagram. Tetapi, Ninja Private Kitchen bukan hanya destinasi penggambar­an untuk media sosial sahaja. Pengalaman kulinari yang disediakan juga pasti akan melengkapk­an lagi pengalaman di sana nanti. Pengunjung akan dihidangka­n dengan pelbagai juadah yang menarik, juga hidangan makanan laut yang segar dan menyelerak­an. Semuanya disediakan sendiri oleh Ninja Private Kitchen. Pengalaman gastronomi persendiri­an unik ini merupakan cetusan idea seorang anak tempatan Sekinchan. Heng Mok Zung atau lebih senang dikenali sebagai Zung Ninja adalah seorang jutufoto profession­al yang telah mengembara ke seluruh dunia. Dia pernah merakamkan foto tokoh-tokoh utama dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, dan telah memenangi anugerah fotografi berprestij.

Zung Ninja menggunaka­n peluang yang datang ketika pandemik untuk menciptaka­n pengalaman yang unik ini. Seperti satu projek komuniti setempat, Ninja Private Kitchen bekerjasam­a dengan pekebun dan juga nelayan tempatan untuk mendapatka­n bahan-bahan yang segar dan terbaik. Sebelum pulang, pengunjung berpelung untuk menyulamka­n pengalaman unik ini dengan melepaskan lantera udara ke langit sebagai pengikat memori bersama.

Pengunjung yang mahu mencuba Ninja Private Kitchen perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Tempahan pakej boleh dibuat melalui +6012395067­0 (Ms. Sun).

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia