GLAM (Malaysia)

HASAD DENGKI DAN IRI HATI MELARAT SAMPAI MEMBINASA DIRI

Ada sahaja tak kena di matanya. Yang tak elok dibesar- besar, yang elok habis digali hingga terkeluar isi yang tidak sepatutnya. Pedih betul kah hatinya?

-

Dalam perhubunga­n, baik yang ada kaitan darah atau hanya teman rapat pasti kita akan terjerempa­k dengan mereka yang suka berdengki. Adakala, ia bukan sahaja buat kita sakit kepala, malah turut sakit hati! Mereka ini perlu kesedaran atau sedikit ketenangan hidup agar tidak selalu masuk campur hal orang lain. Datin X percaya mereka pasti punya helah di sebalik perangai buruknya itu. Sama ada mahu anda jatuh lagi ditimpa tangga atau mahukan pangkat dan takhta yang anda ada menjadi miliknya.

Penyakit iri hati ini bakal menjadi perosak keperibadi­an diri jika tidak dicegah seawal yang mungkin. Ia boleh menyebabka­n kekacauan fikiran dan yang pastinya buat seseorang hilang kawalan langsung terarah kepada kesihatan mental yang kurang baik. Semua orang boleh berkata sedaya upaya untuk menjatuhka­n kewibawaan lawannya. Datin X hanya mahu mengingatk­an, pokok pangkal hati sendiri dan semuanya berbalik kepada diri anda sendiri untuk menilainya. “If you want to improve your self-worth, stop giving other people the calculator.”

Didi (bukan nama sebenar) adalah individu yang terkenal dengan sikap ‘cakap lain, buat lain’. Sebelum buat, kecoh satu Malaysia dengan pelan hidupnya. Mahu menjadi yang ini dan itu, mahu buat ini dan itu, dapat sejumlah wang ini dan itu, kenal orang ini dan itu, dipuji oleh orang kenamaan ini dan itu. Namun, hakikatnya, kita semua tahu dia hanya mampu ‘wayang’ dan perkhabara­n baharu darinya itu sungguh jauh dari realiti.

Apatah lagi jika ada projek temanteman lain yang berjaya (atau yang kurang berjaya), nantikan kedatangan komennya bertalu-talu. Datin Sherry pernah menasihati Datin Lala agar tidak mengambil endah komen dari mulut Didi, “Kalau you tak suka dengar komen si Didi tu, tutupkan saja ruang komen dan jangan angkat phone calls dia. Kalau dia suka DM you dekat Instagram dan cuba menjatuhka­n kredibilit­i you sebagai the brand owner, jauhkan diri you dari dia.”

Jauhkan diri kita dari mereka yang negatif dan penuh dengan sifat dengki. Datin X percaya, hasad dengki itu menghapusk­an kebaikan dan berpegangl­ah kepada kata-kata positif agar ia dapat mengingatk­an anda tentang keindahan hidup. Bak kata penulis Joanne Crisner Alcayaga, “The minute you think you have the right to belittle others because you think you’re better than them, is the same minute you’ve proven you’re worse.” Anda setuju?

Maaf jika Datin X kedengaran kasar, tetapi Datin X cuma mahu bertanyaka­n kepada Didi, “Apa pencapaian hidupmu sehingga kini? Jika hanya mahu mencari salah orang lain, apakah aman tidur malammu?” Tidak sampai hati bila melihat teman-teman lain dikutuk dan dihentam tanpa belas kasihan. Mungkin Datin X tidak terkecuali.

Cari cara untuk menenangka­n fikiran kerana sebagai seorang manusia kita perlu memahami seseorang dan menerima kebaikan dan keburukan mereka seadanya. Untuk berasa aman dan menikmati jiwa yang tenteram, bermuhasab­ahlah dan jika perlu, mohon nasihat mereka yang lebih pakar dalam hal kesihatan mental dan mereka yang lebih tua yang boleh menasihati kita perihal kehidupan yang bakal kita tempuhi.

Bukan itu sahaja, kita juga perlu ambil masa untuk cermin dan tanya diri sendiri. Di mana salahnya kita hingga ada sahaja yang gemar memberi kutukan dan tohmahan tanpa henti. Mungkin ada betulnya komen mereka di luar sana. Jadi, eloklah sekiranya kita nilai yang mana perlu kita perbaiki dan yang mana kita harus letakkan ke tepi. Datin X percaya, anda yang membaca artikel ini bijak dan tidak akan terkesan dengan kata nista mereka yang cuba untuk menjatuhka­n anda begitu sahaja. Bangkit! Dan buktikan pada mereka because you know your worth. So hold your own power and be you!

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia