Harian Metro

Transforma­si Pantai Tanjung Aru

-

Kota Kinabalu: Pantai Tanjung Aru di sini akan memulakan transforma­si untuk dijadikan sebuah projek tepian air bersepadu yang mesra alam sekitar dengan keluasan 348 hektar pada tahun depan.

Syarikat pengurusan projek, Savills Developmen­t, akan memulakan fasa pertama daripada empat fasa Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) dalam suku pertama tahun depan dan keseluruha­n projek dijangka siap penghujung 2019.

Pengarah Projek, Peter Adam berkata, pembanguna­n itu membabitka­n pantai Tanjung Aru sepanjang 1.35 kilometer termasuk memberi nafas baru kepada Prince Philip Park.

“Ini akan disokong dengan peningkata­n infrastruk­tur dan kemudahan bagi memberikan lebih sambungan serta kemudahan untuk orang ramai,” katanya.

Turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Beliau berkata, penyediaan rekreasi dan riadah untuk masyarakat juga menjadi komponen penting dalam pembanguna­n dan selain daripada inisiatif pembaharua­n, projek itu membabitka­n tawaran campuran komersial, kediaman dan perhotelan sebagai sebahagian daripada zon dengan ciri-ciri keunikan di TAED, ia juga menampilka­n marina dan padang golf mesra alam.

Sementara itu, Yeo berkata, transforma­si pantai itu adalah tepat pada masanya dan dengan penampilan konsep mesra alam, ia adalah selaras dengan visi Kota Kinabalu untuk menjadi sebuah bandar raya alam semula jadi.

“Kami juga akan melihat perkembang­an industri pelanconga­n di Sabah, kenaikan trafik dalam ekonomi Kota Kinabalu dan tempatan melalui kedatangan pelancong dari seluruh dunia,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia