Harian Metro

Coleman puji aksi bersejarah Wales

-

Lyon: Pengurus Wales Chris Coleman memuji pemainnya selepas memahat sejarah mara hingga ke separuh akhir Euro 2016 sebelum tumpas 0-2 kepada Portugal semalam.

Cristiano Ronaldo membuka jaringan dan selepas itu melakukan rembatan sebelum ditampan Nani ketika kedua-dua gol berkenaan berlaku pada awal separuh masa kedua di Lyon yang menyaksika­n Wales tumpas aksi sulung separuh akhir mereka di kejohanan utama.

“Memang menyakitka­n untuk tumpas pada separuh akhir. Pemain memang kecewa tapi mereka perlu melihat kembali aksi sebelum ini yang membuatkan seluruh negara berasa bangga. “Mereka sudah memberikan apa yang termampu dan juga

kelihatan penat malam ini (semalam). Kami tidak mendapat momentum walaupun mengawal permainan tapi pujian harus diberikan kepada Portugal. Mereka bertahan baik dan menafikan kami ruang kosong,” kata Coleman.

Ronaldo mengubah kedudukan selepas menyamai rekod sembilan gol Michel Platini dalam saingan Euro selepas menjaringk­an jaringan pembukaan.

Coleman mengakui Wales gagal untuk memberi tindak balas selepas melepaskan gol pertama.

“Gol pertama itu memang penting. Kami hilang tumpuan dalam tempoh lima minit selepas itu dan agak malang apabila berdepan pasukan berkualiti seperti Portugal pada separuh akhir kejohanan ini kerana mereka bijak mengaut kesempatan.

“Kami sudah melakukan segala-galanya untuk menang. Hari ini giliran kami pula untuk kalah, tapi tahniah kepada Portugal dan saya harap mereka akan muncul juara,” katanya.

Wales tidak dapat menurunkan pemain tengah, Aaron Ramsey akibat digantung selain pertahanan, Ben Davies tetapi Coleman mempertaha­nkan pengganti Ramsey, Andy King dan mengakui keletihan menjadi punca utama mereka tumpas.

“Saya rasa semua orang merasa ketiadaan Aaron terutama dengan aksi yang diberikann­ya di kejohanan ini. Bagaimanap­un, ia lebih kepada kami sebagai satu pasukan dan saya gembira dengan aksi Andy.

“Kami agak keletihan malam ini. Balo (Gareth Bale) juga manusia biasa. Dia sudah cuba segala-galanya untuk membantu kami bangkit.

“Kami bangga dengan mereka semua. Kadang-kala kami tidak dapat apa yang diperlukan dari segi prestasi, tapi kami juga harus melihat pasukan lawan kerana mereka bermain baik.

“Saya rasa sukar untuk melihat kepada pemain dan berkata mereka sepatutnya memberikan lebih daripada apa yang ditampilka­n.

Kami memang mempunyai kekurangan malam ini tapi semoga dengan kumpulan pemain ini, kami tidak akan mempunyai kekurangan lagi,” katanya.

Wales boleh menjangkak­an sambutan wira apabila pulang ke

Cardiff hujung minggu ini dan Coleman berkata mereka sudah bersedia untuk memulakan kelayakan Piala Dunia 2018 pada September. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia