Harian Metro

Ippo melaram 10 baju Melayu

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pakai semula pakaian dibeli untuk sesi penggambar­an pada musim raya

Siapa tidak teruja melaram baju baru pada Aidilfitri. Bagaimanap­un, soal persalinan baru kurang penting bagi penyanyi Ippo Hafiz kerana sudah ada 10 baju Melayu tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz itu berkata, semua baju Melayu itu dibeli untuk digayakan di sesi penggambar­an dan dipakai semula untuk Aidilfitri ini.

“Saya jenis yang ringkas dan tidak memilih. Lagipun membazir kalau tidak pakai baju yang dibeli khas untuk fotografi lebaran tahun lalu,” katanya.

Sambutan Aidilfitri juga kurang meriah apabila datuk dan neneknya sudah tiada lagi.

“Setiap kali beraya pasti teringat arwah datuk dan nenek.

“Ketika nenek ada dulu, dia akan masak rendang itik dan ketupat. Kami sekeluarga akan makan juadah wajib ini pada pagi raya.

“Rasanya sangat sedap dan pasti menjadi rebutan anak cucu.

“Sejak nenek meninggal dunia, 1 Syawal rasa kurang berseri malah saya sangat rindukan masakannya ,” katanya yang popular dengan lagu Kekal Bahagia.

Berkongsi perkembang­an terbaru kariernya, anak bongsu daripada tiga beradik ini bersyukur kerana rezekinya semakin murah.

Bahkan Ramadan lalu jadual seninya padat sehingga tiada ruang untuk berehat.

“Kalau ikut hati, saya mahu berehat pada bulan puasa lalu tetapi apakan daya banyak projek yang perlu diselesaik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia