Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV9, 8.30 malam HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS - PART 2 TV3, 7 malam MENANTU TING TONG EPISOD 1 TV3, 9 malam MENTOR MILENIA RAYA TV3, 2 petang ISYARAT CINTA

Pertarunga­n antara kuasa baik dan jahat diteruskan dalam filem epik Harry Potter & The Deathly Hallow bahagian kedua ini.

Perjuangan Harry turut diteruskan bersama Ron dan Hermoine dan mereka bersedia bertarung menewaskan Lord Voldemort.

Harry membesar sebagai remaja yang lebih kuat dan bersemanga­t untuk menentang kejahatan. Dalam membantu perjuangan Harry, rakannya perlu bersatu mencari Horcruxes yang menyimpan kuasa nyawa abadi.

Harry dan Voldemort kemudian bertemu di Istana Hogwarts dan mempertaru­hkan nyawa masing-masing bagi menggapai kemenangan.

Dalam pada menyajikan pelbagai aksi, filem yang dibintangi Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint dan Tom Felton ini turut menyelitka­n kisah cinta serta lucu.

Marsha semakin rimas apabila diminta bergambar dengan pelbagai aksi. Dia memarahi pengarah fotografi serta barisan juri yang tidak habis-habis memberi arahan kepadanya.

Pelakon: Azrel Ismail, Ruhainies, Tash Yong, Mitilda, Ben Amir, Amyza Aznan dan Zarina Zainuddin.

Sama seperti tahun terdahulu, rancangan muzikal yang menggabung­kan mentor dan protege kembali lagi. Kali ini program ini memaparkan pelbagai seleksi lagu raya terkenal dan kisah menarik.

Artis: Black, Hazama, Akim, Azlan, Datuk Seri Vida dan protege Mentor Milenia.

Cinta mereka mula berputik selepas

Iskandar, jutawan yang rendah diri dan pemalu memberanik­an diri menyelamat­kan Dhia dalam satu nahas jalan raya. Daripada situ, berputikla­h rasa cinta antara Iskandar dan Dhia.

Pelakon: Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia